Selamat menyambut maulidur Rasul.....ni saya ada cerita seram nak kongsi. Diharap semua terhibur....
Saya pernah kata saya tak pernah jumpa hantu atau nampak hantu seperti kebanyakkan forumer kat sini tapi tak bermakna saya takde pengalaman seram. Saya jugak pernah sekali kena histeria & masa sekolah rendah & menengah selalu jugak kena hantu tindih ni. Tapi tu semua tak seram mana kecuali pengalaman yang satu nih...
Dalam hidup saya inilah pengalaman paling seram yang pernah saya alami. Saya dah lama berfikir2 nak kongsi ke tak dengan forumer kat sini.....bukan apa kalau saya cerita lebih2 lagi kang ada orang boleh cam saya pulak....manalah tahu kalau yang membaca nih kawan2 lama saya yang tahu kisah saya.....lecehlah....
Walau bagaimanapun, hari ni saya mengambil keputusan nak berkongsi cerita...
Peristiwa ni berlaku masa saya masih belajar kat ITM, Dungun tahun 19xx (Tak payah bagitahulah ye...)
Masa tu tengahari baru balik dari lunch kat kafe. Petang nanti kul 3pm ada kelas. Saya pun balik hostel terus tidur. Roomate saya tidur katil atas & saya tidur katil bawah. Tiba2 saya terjaga dan bingkas bangun takut terlajak tidur dan terlepas kelas kul 3.
Saya terus bangun dan nak capai jam yang tergantung kat board dinding depan meja tulis. Saya selalu gantung jam tangan kat board depan meja tulis lepas tanggalkan dari tangan. Niat nak tengok jam dah pukul berapa.....
Masa nak capai jam tu saya dapati tangan saya tak boleh pegang jam tu. Saya cuba pegang jam tu tapi tak lekat kat tangan.....saya jadi heran dan cuba lagi tapi kali ni lebih teruk.....tangan saya tembus ke dinding!!! Saya jadi terkejut dan panic. Saya tarik tangan saya dah cucuh ke dinding....dia tembus lagi. Saya jadi cemas....
Lepas tu tak semena-mena, saya tertoleh ke katil tempat saya tidur....dan.....alangkah terkejutnya bila saya nampak ada orang tidur di katil saya dan orang tu mirip rupa saya. Saya dekati dan perhatikan betul2.....berderau darah saya...orang itu ialah saya sendiri..
Masa tu Tuhan saja yang tahu betapa saya ketakutan sampai menggigil. Saya cuba kejutkan kawan yang tidur di katil atas, tapi dia tidur tak sedarkan diri. Saya boleh dengar suara housemate riuh rendah kat bilik air dan sorang roomate saya masa tu tengah mandi.
Saya mundar mandir di dalam bilik dan masa tu saya sedar yang baring kat katil tu ialah jasad saya dan yang tengah mundar mandir & kebingungan ni ialah roh saya.
Lepas tu saya dapat akal, saya baring kat sebelah jasad saya dengan harapan dapat masuk ke dalam badan….saya baring kat sebelah jasad saya tu hingga pipi berlaga dgn pipi…tapi tak boleh. Lepas tu saya baring bertindih dengan badan pulak…tetap juga tak boleh. Jasad saya tetap kaku dan roh saya masih di luar.
Saya menangis ketakutan dan ingat takde siapa yang boleh menolong. Masa tu saya ingat saya dah mati. Akal saya terus ligat berfikir macamana nak buat. Setelah cubaan berbagai cara nak masuk balik ke dalam badan gagal, saya keletihan dan duduk bersimpuh dihujung kaki jasad saya sambil memandang sayu kepada jasad yang terbaring itu. Perasaan masa itu sangat sedih, pilu, sunyi dan kesorangan……perasaan yang tak dapat saya lupakan sehingga ke hari ini. Agak lama juga saya termenung, meratap & berdoa.
Hanya ada satu jalan saja lagi. Kejap lagi roommate yang sorang lagi akan masuk bilik selepas mandi dan saya nak mintak tolong dia. Jadi, saya pun tunggulah. Tak lama lepas tu dia pun masuk. Tepat masa dia bukak pintu, sayapun terbangun dan menjerit. Masa tu roh saya dah bersatu dengan jasad dan saya tak sedar masa bila roh saya masuk balik ke dalam badan…
Kawan saya terkejut tengok saya bangun & menjerit. Kawan saya yang tidur kat katil atas pun ikut terjaga. Diorang pun sibuk2 tanya kenapa dengan saya…? Saya pun ceritalah. Diorang pun suruh saya cepat2 pergi ambil wuduk dan sembahyang zuhur.
Perkara pertama yang saya rasa masa tu ialah sejuk seluruh badan seperti baru keluar dari peti ais.
Lepas sembahyang, saya termenung jauh memikirkan pengalaman seram & ganjil saya tu. Saya bersyukur sangat2 sebab Allah masih panjangkan umur saya….
Awak dapat cerita penuh ker...? Saya tak bermimpi....saya dalam keadaan sedar 100%
Fieza-mira Post at 15-2-2011 00:51
td sempat la baca, skang dh hilang plak.. misteri gak ni.. cian ko fieza, taip penat2 pastu ilang.. aku kalo nk taip bnda2 yg panjang2 ni mmg aku buat dlm word dulu.. aku prnah kena cam ko gak dulu.. taip direct pastu ilang.. letih nk taip balik.. huhuhu