View: 4822|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Padah main mercun atas jalan raya, lelaki didenda RM8,000
[Copy link]
|
|
Pemandu jengkaut, P Manimaran, 23, (dua dari kanan) tergamam di Mahkamah Majistret Seremban sebaik mendengar hukuman 'penjara' dan denda sehingga RM10,000 terhadap pertuduhan bermain mercun hingga membahayakan nyawa dan harta benda, pada Jumaat lalu. FOTO AZRUL EDHAM
Seremban: Pemandu jengkaut tergamam di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, sebaik mendengar hukuman penjara dan denda sehingga RM10,000 terhadap pertuduhan bermain mercun hingga membahayakan nyawa dan harta benda, Jumaat lalu.
Tertuduh, P Manimaran, 23, beberapa kali teragak-agak untuk mengaku bersalah di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas pertuduhan dibacakan termasuk dalam bahasa Tamil.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati melakukan sesuatu perbuatan dengan niat hendak menyebabkan dengan menggunakan bahan letupan, suatu letupan dari jenis yang mungkin boleh membahayakan nyawa atau menyebabkan kerosakan teruk pada harta.
Kesalahan dilakukan di simpang tiga di Jalan Kuala Sawah-Ulu Sawah, Rantau, di sini, pada jam 3 petang, 10 November lalu.
Tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama.
Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, mahkamah terpaksa ditangguhkan untuk memanggil jurubahasa bagi bahasa Tamil selepas tertuduh dilihat agak terkejut dengan hukuman denda dan penjara jika mengaku bersalah.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Redzuan Hakiim memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk denda paling minimum memandangkan tertuduh berpendapatan RM1,500 sebulan selain mengambil kira pengakuan bersalahnya.
Timbalan Pendakwa Raya Jiwan Kaur Malkith Singh bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan orang lain.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000 dan jika gagal bayar, tertuduh boleh dipenjara selama 10 bulan.
Sebelum ini, media pada 13 November lalu melaporkan keghairahan sekumpulan lelaki menyambut perayaan sehingga membakar mercun di jalan raya di Kuala Sawah membawa padah apabila mereka diburu polis.
Dalam rakaman yang tular itu, kumpulan berkenaan dilihat membakar mercun di persimpangan jalan sehingga menyebabkan trafik terhalang dari semua arah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... laki-didenda-rm8000 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|