View: 3113|Reply: 0
|
[Selangor]
Empat cedera dirempuh ketika bantu ambulans terbabit nahas
[Copy link]
|
|
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Lexus RX270 yang melanggar lori tangki muatan minyak sawit dan motosikal Yamaha RXZ dalam nahas di Jalan Bukit Rotan, awal pagi tadi. NSTP/IHSAN BOMBA
KUALA SELANGOR: Empat individu termasuk seorang wanita cedera dalam nahas empat kenderaan di Jalan Bukit Rotan di sini, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.24 pagi tadi.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit, kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus RX270, motosikal Yamaha RXZ dan ambulans swasta.
"Nahas berlaku ketika pemandu lori dan penunggang motosikal parkir di bahu jalan untuk menolong ambulans yang terbabas ke tepi jalan.
"Terdapat dua mangsa dalam ambulans itu namun mereka tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata, tidak lama selepas itu SUV Lexus pula melanggar lori tangki dan motosikal sehingga terbakar 80 peratus.
"Empat mangsa berusia 33 hingga 56 cedera ringan manakala tiga lagi berusia 23 hingga 45 tahun tidak mengalami kecederaan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... lans-terbabit-nahas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|