View: 3256|Reply: 0
|
[Perak]
JKM akan dapatkan perintah jaga empat beradik terabai
[Copy link]
|
|
BAGAN DATUK: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mendapatkan perintah mahkamah bagi hak penjagaan empat beradik terabai yang dijaga sepasang suami isteri di sini.
Pegawai Kebajikan Masyarakat (Perlindungan Kanak-Kanak) Daerah Bagan Datuk, Rabiatul Adawiah Mohamad Juni berkata, ini bagi membolehkan mereka ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz di Kuala Kangsar.
Katanya, ia dibuat berdasarkan siasatan termasuk bertemu ibu kandung kanak-kanak itu.
“JKM memohon hak penjagaan empat beradik ini yang berusia tiga, lima, lapan dan 11 tahun selepas ibu kandungnya didapati tidak stabil, tidak mampu menjaga selain kanak-kanak itu hidup menumpang yang kita rasakan ini membebankan orang lain.
“JKM akan jaga kanak-kanak ini terlebih dahulu dan selepas itu kita akan lihat perkembangan ibunya, jika sudah stabil, kita akan nilai semula,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurutnya, JKM membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Teluk Intan sebelum mengemukakan permohonan hak penjagaan pada 22 November ini.
Sebelum ini akhbar ini melaporkan mengenai seorang wanita dan suaminya di Bagan Datuk menjaga sementara empat beradik terabai kerana simpati melihat keadaan mereka.
https://www.utusan.com.my/berita ... at-beradik-terabai/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|