|
Foto hiasan.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri Semenanjung dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 5 petang ini.
MET Malaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu akan membabitkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim serta Selangor.
Selain itu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka juga dijangka berdepan cuaca sama.
"Di Pahang ia akan membabitkan Raub, Bentong, Temerloh dan Bera manakala Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian dan Johor Bahru.
"Turut berdepan cuaca sama ialah Sabah yang merangkumi Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran)," katanya.
Menurut kenyataan MET Malaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu keluaran," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... geri-di-semenanjung |
|