CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3126|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Netizen kecam sikap pengotor lelaki buang air kecil di tempat letak kereta

[Copy link]
Post time 19-11-2023 11:18 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video di laman X

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki yang dirakam membuang air kecil secara terbuka berhampiran tiang di tempat letak kereta bawah tanah di sebuah pusat beli belah di Subang Jaya, kelmarin mendapat kecaman teruk netizens di laman X.

Insiden itu, yang dirakam dalam video berdurasi 44 saat oleh pengguna X @agnesvanora sebelum ini menjadi tular dengan mendapat lebih 74,000 tontonan dalam masa dua jam sahaja.

"Maafkan saya, ada tandas tersedia," kata wanita yang merakam perbuatan lelaki itu dan mendekati pesalah.


Bagaimanapun menurut video terbabit, lelaki itu kelihatan seolah-olah tidak mengendahkan komen itu, sambil berjalan menuju ke keretanya sebelum segera memandu pergi.

Dalam rakaman itu juga jelas menunjukkan kesan air kencing yang ketara ditinggalkan pada tiang.

Warganet yang marah, mengecam tingkah laku tidak senonoh dengan ramai yang meluahkan rasa jijik dan mempersoalkan keperluan untuk melindungi identiti individu terbabit.

Ramai yang berkata bahawa pemilik video tidak perlu mengaburkan muka dan nombor plat kereta lelaki itu, dengan menegaskan bahawa individu yang menunjukkan tingkah laku sedemikian tidak patut dilindungi imej dan reputasi mereka.

Pengguna X @yu_haida menyifatkan tindakan individu itu tidak senonoh selain tidak tahu malu, dan tidak bertamadun.

"Malah kucing saya lebih bijak buang air dalam kotak sampah," katanya.

"Sangat menjijikkan. (Dia) membuang air kecil tanpa membersihkan diri dan duduk di dalam kereta. Tempat duduk itu semakin terpercik dengan kencing. Ewww." kata seorang lagi pengguna @heiapeni

Sementara itu, @zaihazreen menegaskan bahawa Malaysia mempunyai undang-undang untuk menangani salah laku seperti itu.

"Di Malaysia, ada undang-undang untuk menghukum orang seperti ini. Tidak perlu mengaburkan (muka dan nombor plat kenderaan). Biarkan @PDRMsia (Diraja) Polis Malaysia) panggil orang itu ke balai," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... cil-di-tempat-letak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.329313 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list