Indonesia: Hanya kerana tidak mendapat wang berjumlah RM15,000, seorang lelaki tergamak membunuh isteri keduanya dalam satu kejadian pada 11 November lalu.
Memetik laporan media Indonesia, pihak polis mendakwa suspek, Ahmad Yuda Siregar yang berusia 46 tahun itu bertindak sedemikian kerana suspek tidak puas hati kerana isterinya, Tetty Rumondang Harahap enggan memberi wang kepadanya bagi mengikuti pencalonan sebagai ketua daerah di Pilkada.
Sementara itu, pegawai polis iaitu Kombes Pol. Nugroho Tri Nuryanto berkata, pelaku memukul kepala mangsa dengan lesung dan menusuk leher kerana mahu menguasai harta benda milik mangsa termasuk sijil, wang dan kenderaan.
Lebih kejam apabila suspek bertindak membakar ubat nyamuk di bilik sehingga menyebabkan mangsa hangus terbakar. Suspek kemudian melarikan diri namun akhirnya berjaya diberkas pihak polis.
Semasa soal siasat, suspek mendakwa isterinya itu tidak menunaikan janji untuk memberikannya wang. Atas kesalahan tersebut, suspek berdepan hukuman mati.
Sekadar info, mangsa dan suspek mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu.
Sumber: Oh Bulan
|