CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2333|Reply: 0

'Elak cicir mata berdepan Taiwan'

[Copy link]
Post time 20-11-2023 07:13 AM | Show all posts |Read mode
'Elak cicir mata berdepan Taiwan'



SEPANG: Harimau Malaya wajib meraih tiga mata berdepan Taiwan di Stadium Municipal, Selasa ini jika mahu membentuk peluang lebih baik di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Hadir selaku pasukan berada di ranking lebih tinggi berbanding Taiwan, skuad kendalian Kim Pan Gon harus mengelak daripada tercicir mata penting jika tidak mahu menempuh laluan sukar dalam saingan Kumpulan D.

Tonggak pertahanan, La'vere Corbin Ong menegaskan bahawa fokus utama barisan pemain Harimau Malaya ketika ini adalah untuk melakar kemenangan kedua di gelanggang Taiwan.


Tonggak pertahanan Harimau Malaya, La'vere Corbin Ong. - NSTP/Aizuddin Saad


Dia berkata, Harimau Malaya mempunyai keupayaan untuk mendapatkan tiga mata terutama selepas kejayaan menewaskan pasukan di ranking 97 dunia, Kyrgyzstan dalam aksi pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis lalu.

"Harimau Malaya mempunyai kualiti dengan semua pemain memberikan komitmen tinggi dalam pasukan untuk memenangi perlawanan menentang Taiwan.

"Sudah pasti seandainya kami tidak berjaya membawa pulang tiga mata, ia akan menyebabkan pasukan kecewa atau sedih.


Skuad Harimau Malaya berlepas ke Taiwan hari ini bagi aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. - NSTP/Aizuddin Saad


"Saya menaruh keyakinan kami boleh mencipta kemenangan berdasarkan kepada prestasi pasukan kebangsaan ketika ini," katanya sebelum berlepas ke Taiwan bersama pasukan, hari ini.

Harimau Malaya membawa misi meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan D selepas mempamerkan kebangkitaa luar biasa ketika menewaskan Kyrgyzstan 4-3.

Selain memiliki motivasi terbaik, Harimau Malaya yang menduduki ranking 137 dunia berada di atas Taiwan yang menghuni kedudukan 152 dunia.





Skuad Harimau Malaya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum berlepas ke Taiwan pagi tadi bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Taiwan Selasa ini. - Foto BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... ata-berdepan-taiwan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.040089 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list