CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1285|Reply: 0

Silhavy letak jawatan selepas bantu Czech layak ke Euro

[Copy link]
Post time 21-11-2023 11:51 AM | Show all posts |Read mode

SILHAVY mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tugas selaku pengendali Czech. FOTO AFP

Prague: Jurulatih Republik Czech, Jaroslav Silhavy berkata beliau meletakkan jawatan, hanya beberapa minit selepas menyaksikan pasukannya merangkul kelayakan automatik ke Euro 2024 dengan kemenangan 3-0 ke atas Moldova.

"Walaupun kami gembira sekarang, saya sudah membuat keputusan sebelum perlawanan untuk tidak meneruskan tugas," kata jurulatih berusia 62 tahun itu kepada Televisyen Czech dalam temubual selepas perlawanan.

Silhavy mengambil alih peranan itu pada 2018, membawa pasukannya ke suku akhir Euro 2020 sebelum gagal melayakkan diri ke Piala Dunia tahun lalu di Qatar.

Czech kini mendapat tempat ke Euro tahun depan di Jerman tetapi beliau mendapat kecaman kerana prestasi hambar pasukan itu dalam Kumpulan E di mana mereka menduduki tempat kedua di belakang Albania, hanya memenangi empat daripada lapan perlawanan.



Pasukan Czech juga dicemari dengan skandal hujung minggu lalu apabila pertahanan West Ham, Vladimir Coufal dan dua pemain lain dihantar pulang selepas menghabiskan malam Sabtu di sebuah kelab malam.

"Tekanan sangat besar, di luar pemahaman kadang-kadang. Ia adalah salah satu faktor di sebalik keputusan kami," kata Silhavy.

Masa depan Silhavy diragui selepas Czech tewas 0-3 di Albania bulan lalu.

Persatuan Bola Sepak Czech tidak memecatnya tetapi memendekkan kontraknya sehingga 30 November, dengan diberikan pilihan untuk meneruskan tugas jika Czech layak ke Euro 2024.

Insiden kelab malam membabitkan Coufal, pertahanan Aris Thessaloniki, Jakub Brabec dan penyerang Sparta Prague, Jan Kuchta memberi tekanan kepada beliau.

Kesemua pemain meminta maaf, tetapi pakar bola sepak menyelar suasana buruk dalam pasukan, menuding jari ke arah Silhavy.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... czech-layak-ke-euro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.420081 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list