CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1313|Reply: 0

Semangat juang anak-anak Malaysia mencanak

[Copy link]
Post time 21-11-2023 11:54 AM | Show all posts |Read mode

DION COOLS

KAPTEN Harimau Malaya, Dion Cools memberi peringatan kepada rakan-rakan sepasukannya supaya segera mengalih tum­puan berdepan Taiwan pada aksi kedua Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 Stadium Perbandaran Taipei malam ini.

Cools yang menjaringkan dua gol dan dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan pada aksi pertama merasakan pesta tiga mata terdahulu sudah menjadi sejarah dan kini harus segera mencipta cerita baharu.

“Sudah pasti kami akan mengambil serius perlawanan ini dan tidak sabar untuk menghadapinya. Saya tidak fikir yang kami ada tekanan tambahan ke­rana kami kini hanya mahu capai sasaran.

“Kami tahu ia adalah cabaran sukar, namun kami tetap kena hadapinya. Untuk layak, kami tidak boleh cuai dan aksi kali ini pastinya penting untuk kami te­rus kutip tiga mata,” katanya.

Pada masa sama, Cools juga menjelaskan, seluruh pasukan khususnya tonggak pertahanan sudah mempelajari sesuatu daripada aksi dengan Kyrgyzstan.

Dengan kualiti yang ada pada pemain ketika ini, Cools menaruh keyakinan terhadap rakan-rakan sepasukannya bahawa Harimau Malaya tidak boleh lagi ulangi kesilapan sama seperti membenarkan Kyrgyzstan memperoleh tiga gol.

“Tiada guna terlalu ghairah atas kemenangan ke atas Kyrgyzstan jika gagal mendapatkan kemenangan pada aksi kali ini. Kami di barisan pertahanan sudah belajar, jadi lebih baik tampil lebih kukuh pada perlawanan selepas ini,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -malaysia-mencanak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.081627 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list