View: 2773|Reply: 0
|
Croatia genggam tiket ke Jerman
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-EURO-2024-QUALIFIER-CRO-ARM_1700610262.jpg)
BUDIMIR diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol Croatia. FOTO AFP
Zagreb: Jaringan antarabangsa kedua Ante Budimir membolehkan Croatia menempah tiket ke pusingan akhir Euro 2024 di Jerman selepas menewaskan Armenia 1-0 untuk menduduki tangga kedua Kumpulan D.
Croatia menguasai perlawanan tetapi gagal menjaringkan gol sehinggalah tandukan Budimir memecah kebuntuan dua minit sebelum rehat. Hantaran Borna Sosa dari sebelah kiri tepat menuju penyerang itu yang melepasi kawalan pemain lawan untuk menanduk masuk dari jarak dekat.
Prospek Croatia untuk layak automatik tampak tipis selepas tewas di tangan Turki dan Wales pada Oktober tetapi kini mereka menjadi pasukan ke-21 dan meraih tiket automatik terakhir untuk mara ke Euro 2024.
"Kami berhak layak ke Euro dan kami mempunyai banyak masa untuk membuat persiapan bagi menghadapinya," kata kapten, Luka Modric kepada UEFA.com.
Modric pada usia 38 tahun cemerlang mengawal bahagian tengah yang membolehkan mereka mendominasi sepenuhnya babak kedua selain mencipta beberapa peluang terbaik namun dihampakan ketumpulan penyudah.
Turkiye menduduki tangga teratas dengan 17 mata daripada lapan perlawanan, satu mata di depan Croatia. Wales terpaksa beraksi di pusingan playoff manakala peluang Armenia sudah pun lebur sebelum perlawanan terakhir mereka.
Kejayaan mara ke pusingan akhir Eropah itu yang keenam berturut-turut Croatia dan ketujuh keseluruhan. Mereka menduduki tempat kedua dan ketiga pada dua Piala Dunia terakhir tetapi tidak pernah melepasi suku akhir di Euro.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gam-tiket-ke-jerman |
|
|
|
|
|
|
| |
|