CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3138|Reply: 0

[Johor] Jual espresso tepi jalan lebih untung

[Copy link]
Post time 22-11-2023 10:59 AM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD HANIZAM menunjukkan espresso yang dijual di Sungai Rengit dan Bandar Penawar ketika ditemui di Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Seorang bekas penganalisis data tidak malu untuk menjual kopi espresso asalkan dapat menjana pendapatan untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

Muhammad Hanizam Mohd. Jahari, 29, berkata, selain menjual kopi, dia juga mengambil upah sebagai jurugambar untuk majlis keraian dan lain-lain pada hujung minggu.

Dia yang mempunyai ijazah dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi itu menjual kopi bermula Isnin hingga Khamis di Sungai Rengit dan Bandar Penawar antara pukul 11.30 pagi hingga 11.30 malam.

“Upah sebagai jurugambar hanya pada hujung minggu. Jadi saya fikir lebih baik jual kopi untuk isi masa terluang.

“Sebelum ini saya menetap di Sarawak lalu berpindah selepas isteri mendapat tawaran kerja di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang,” katanya.

Bapa kepada dua anak itu berkata, kedainya yang diberi nama photocoffe itu mampu menjual 20 cawan sehari pada harga antara RM9 hingga RM10.

“Idea diperoleh ketika saya menjalani latihan praktikal di Petronas Kuala Lumpur dan dari situ saya tahu gaya hidup pekerja di Rapid yang gemarkan espresso,” katanya yang merancang membuka cafe sendiri.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... jalan-lebih-untung/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.387271 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list