CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3056|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Akibat 'scam', pengurus syarikat rugi setengah juta

[Copy link]
Post time 22-11-2023 12:42 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Petaling Jaya: Seorang pengurus syarikat berputih mata kerana tidak menerima pulangan pelaburan seperti dijanjikan, malah kerugian lebih RM500,000 akibat terpedaya skim pelaburan dalam talian.

Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, lelaki berusia 39 tahun itu mendakwa berkenalan dengan seorang wanita tempatan dalam urusan pelaburan saham dalam talian.

Menurutnya, pengadu mendakwa suspek mengajaknya menyertai pelaburan di sebuah syarikat yang menjanjikan pulangan lumayan.



"Pengadu yang tertarik membuat bayaran keseluruhan berjumlah RM598,680 yang dimasukkan ke dalam beberapa akaun bank bermula dari 14 November 2022 sehingga 11 November lalu.

"Bagaimanapun, pengadu tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan. Suspek memberi pelbagai alasan termasuk wang dilarikan rakan dan keseluruhan aset disita polis," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, orang ramai dinasihati supaya tidak terpedaya dengan modus operandi berkenaan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

Beliau turut menasihati masyarakat berhati-hati sekiranya menerima sebarang tawaran dan membuat semakan terlebih dahulu di laman sesawang https://www.sc.com.my/investor- alert.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rugi-setengah-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.403367 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list