CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2709|Reply: 0

Taiwan ‘terpukau’ aksi Arif Aiman dan Faisal

[Copy link]
Post time 22-11-2023 05:55 PM | Show all posts |Read mode

Arif Aiman dilihat antara tunjang pasukan pada perlawanan menentang Taiwan malam tadi. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Kombinasi pemain sayap lincah negara, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim cukup ampuh sekali gus menjadi senjata utama Harimau Malaya selepas tewaskan Taiwan 0-1 di Stadium Perbandaran Taipei malam tadi.

Ketua jurulatih Taiwan, Gary White berkata, Arif dan Faisal sangat konsisten sehingga berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan pasukan sepanjang perlawanan.

“Pemain nombor 12 (Arif Aiman) dan No. 7 (Faisal Halim) adalah pemain yang bagus, berkualiti dan memiliki pergerakan dengan cepat.

“Mereka berjaya memanipulasi ruang sebelah kanan dari awal dibantu pemain nombor 2 (Matthew Davies), jadi apa yang kami buat adalah pastikan kami kekal dalam formasi tetapi kesilapan individu membolehkan mereka menjaringkan gol,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada perlawanan semalam, Malaysia berjaya meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan D hasil jaringan tunggal yang dilakukan Darren Lok pada minit ke-72. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... f-aiman-dan-faisal/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.921366 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list