View: 701|Reply: 0
|
Neymar kempunan aksi Brazil-Argentina
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/otsmdgwjrngj24y24_1700698002.jpg)
Pemain Argentina, Nicolas Otamendi menjaringkan gol ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Brazil di Stadium Maracana, Rio de Janeiro. - Foto REUTERS
RIO DE JANEIRO: Neymar berkata dia pasti menjadi sasaran sekiranya beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 antara Brazil dan Argentina di Maracana.
Neymar menjalani pembedahan di lutut kiri bagi mengatasi masalah ACL, dan terpaksa melupakan aksi bersama skuad kebangsaan Brazil.
"Perlawanan yang baik, klasik, panas. Saya pasti akan kerap dikasari dalam perlawanan itu, tetapi saya juga akan membuatkannya kucar-kacir," kata Neymar di media sosial.
Brazil tewas kepada Argentina pada perlawanan itu, dengan Nicolas Otamendi meledak gol tunggal permainan.
Sebelum perlawanan, keganasan sudah tercetus antara penyokong dan polis Brazil. Ia bermula dengan pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan ketika lagu kebangsaan dinyanyikan.
Ketika polis Brazil cuba meredakan keadaan, mereka menyebabkan beberapa orang penyokong Argentina cedera.
Lionel Messi dan rakan sepasukan terpaksa menuju ke tempat duduk penonton bagi memastikan keselamatan mereka.
Argentina akhirnya memenangi aksi kelayakan Piala Dunia buat pertama kali di Brazil, sekali gus memberikan lawan mereka itu kekalahan ketiga berturut-turut.
Neymar cedera ketika beraksi untuk Brazil pada Oktober, hanya beberapa bulan selepas dia meninggalkan Paris Saint-Germain untuk menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal.
Bintang Brazil itu dijangka berehat panjang dan hanya akan kembali bersama pasukan kebangsaan pada aksi kelayakan September tahun depan.
Brazil hanya menang dua daripada enam aksi kelayakan setakat ini. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... si-brazil-argentina |
|
|
|
|
|
|
| |
|