View: 700|Reply: 0
|
Banjir jejas persiapan TFC
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/ganuaa_1700667255.jpg)
Pemain TFC menjalani latihan di Manila menjelang aksi menentang Stallions pada aksi Piala AFC 7 November lalu. - Foto TFC
KUALA TERENGGANU: Persiapan skuad Terengganu FC (TFC) terjejas berikutan negeri itu dilanda banjir disebabkan hujan berterusan sejak Ahad lalu kerana fenomena Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh.
Susulan itu, padang di Pusat Latihan TFC, Gong Badak yang menjadi gelanggang rasmi skuad Penyu itu menjalani latihan tidak dapat digunakan berikutan digenangi air menyebabkan perancangan yang diatur tergendala.
Ini diakui ketua jurulatihnya, Tomislav Steinbruckner yang akui perancangannya terganggu disebabkan tidak dapat melakukan persiapan rapi menjelang perlawanan pada minggu ini dan minggu depan.
Skuad Penyu bakal melayani kunjungan Sabah FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Jumaat ini sebelum berlepas ke Stadium Industree Group Gosford, Australia berdepan kelab negara itu, Central Coast Mariners pada aksi pusingan kedua Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada 29 November.
"Bermula pada Sabtu dan Ahad baharu ini kami mengadakan latihan di padang seperti biasa walaupun hujan ketika itu, tapi kami tiada masalah untuk menjalani latihan menjelang pertemuan dengan Sabah.
"Bagaimanapun pada Isnin, kami menghadapi beberapa masalah kerana hujan menyebabkan kami berhenti menjalani latihan kerana air bertakung di padang yang boleh mengundang kecederaan jika latihan diteruskan.
"Jadi kami beralih menjalani latihan di gimnasium selain memberikan cuti kepada pemain sebelum akan menyambung latihan yang bersesuaian mengikut situasi berikutan musim tengkujuh ini," kata jurulatih kelahiran Croatia itu.
Berdasarkan kedudukan terkini, finalis Piala Malaysia musim 2023 itu menghuni tangga keenam liga dengan mengumpul 36 mata hasil 23 perlawanan.
Skuad itu wajib menang berdepan skuad The Rhinos itu, jika seri atau tewas, impian untuk mengintai di tempat kelima liga musnah kerana Sri Pahang FC kini mengutip 44 mata di tempat kelima.
https://www.bharian.com.my/sukan ... jejas-persiapan-tfc |
|
|
|
|
|
|
| |
|