CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 704|Reply: 0

Messi selar polis Brazil

[Copy link]
Post time 23-11-2023 10:39 AM | Show all posts |Read mode

Polis Brazil mengawal keadaan selepas tercetus pergaduhan dalam kalangan penyokong ketika aksi menentang Argentina pagi tadi. - Foto AFP

LONDON: Lionel Messi menyelar polis Brazil selepas kemenangan Argentina ke atas seteru tradisinya itu dicemari dengan insiden keganasan sebelum sepak mula.

Sebelum kemenangan 1-0 Argentina di stadium ikonik Maracana itu, pergaduhan besar-besaran tercetus di tempat duduk penyokong apabila peminat dan polis saling bertempur antara satu sama lain.

    Argentina captain Lionel Messi accused the Brazilian police of brutality as the start of their World Cup qualifier against Brazil was delayed by half an hour after clashes between police and visiting fans at Maracana Stadium https://t.co/EvSu7VLoqT pic.twitter.com/8NK5YdzEa5



Selepas penyokong Argentina dan Brazil mula bergaduh, polis menggunakan baton untuk mengawal keadaan sekali gus menyebabkan ada penyokong yang mengalami kecederaan dan berdarah.

Meskipun Messi gembira atas kemenangan itu namun dia masih memikirkan insiden terbabit selepas tamat perlawanan.

"Kami nampak bagaimana polis memukul penyokong, ia sudahpun berlaku ketika final Libertadores," kata Messi yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Maracana sebelum pertembungan Fluminese menentang Boca Juniors, awal tahun ini.

"Mereka lebih fokus kepada itu (memukul penyokong) daripada perlawanan.

"Kami kembali ke bilik persalinan kerana itu adalah cara terbaik untuk menenangkan keadaan, tragedi boleh berlaku."



Polis Brazil mengawal keadaan selepas tercetus pergaduhan dalam kalangan penyokong ketika aksi menentang Argentina pagi tadi. - Foto AFP


Polis menggunakan baton untuk mengawal keadaan. - Foto AFP

Messi menambah 'kami ada keluarga dan kami memutuskan untuk terus bermain bagi memastikan keadaan menjadi lebih tenang.

Messi turut membuat satu hantaran di Instagram selepas perlawanan itu dengan menulis 'pasukan ini terus mencipta sejarah."

"Kemenangan yang hebat di Maracana walaupun ia akan diingati sebagai penindasan rakyat Argentina di Brazil sekali lagi.

"Kita tidak boleh membiarkan lagi perkara ini dan ia sepatutnya berakhir sekarang!" - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... -selar-polis-brazil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.077985 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list