CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 860|Reply: 0

[Johor] 3 tahun pendam rahsia dicabul bapa saudara

[Copy link]
Post time 23-11-2023 05:49 PM | Show all posts |Read mode

Suspek dibawa keluar selepas direman bagi membantu siasatan kes cabul anak saudaranya. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Selepas tiga tahun memendam rahsia, seorang remaja akhirnya membuka mulut mendakwa menjadi mangsa cabul bapa saudaranya pada Jun 2020.

Kejadian dipercayai berlaku ketika itu mangsa berusia 10 tahun empat bulan, dijaga suspek yang bekerja di sebuah tapak semaian kerana ibunya keluar bekerja.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, perbuatan itu terbongkar apabila mangsa menceritakan perbuatan suspek berusia 57 tahun itu kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan polis, semalam.

"Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku ketika suspek bertandang ke rumah ibu mangsa untuk menjaganya.



"Ibunya dipercayai meminta suspek menjaga mangsa serta adiknya kerana dia bekerja waktu itu," katanya ketika dihubungi.

Katanya lagi, polis sudah menahan suspek untuk membantu siasatan dan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, untuk direman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap kanak-kanak 2017," katanya.

Sementara itu, Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap suspek bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... icabul-bapa-saudara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.208467 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list