CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2972|Reply: 0

Di Maria bersara selepas Copa America

[Copy link]
Post time 24-11-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Di Maria bersara selepas Copa America


Penyerang Argentina, Angel Di Maria akan bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Copa America tahun depan. - Foto AFP


BUENOS AIRES: Penyerang Argentina, Angel Di Maria akan bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Copa America tahun depan, kata pemain 35 tahun itu yang sudah mewakilinya negaranya sejak 15 tahun lalu.

Di Maria membuat 136 penampilan untuk juara dunia, Argentina sejak penampilan sulungnya pada tahun 2008, beraksi di empat edisi Piala Dunia dan menjaringkan gol dalam kemenangan ke atas Perancis pada final 2022 di Qatar.

Dia akan menyertai Copa America keenamnya pada 20 Jun hingga 14 Julai di Amerika Syarikat, dengan Argentina hadir sebagai juara bertahan.

"Copa America akan menjadi medan terakhir saya menyarung jersi Argentina. Dengan rasa berat hati saya mengucapkan selamat tinggal kepada perkara paling indah dalam karier saya.

"Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata betapa sokongan peminat mengisi jiwa saya pada perlawanan terakhir, saya menikmati setiap saat dengan rakan sepasukan dan kawan-kawan," kata Di Maria merujuk kepada perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan Argentina menewaskan Brazil di Stadium Maracana, Rio de Janeiro.

Di Maria menyertai juara Portugal, Benfica tahun ini, kelab yang diwakilinya antara tahun 2007 hingga 2010 ketika mula berhijrah ke Eropah.

Pemain sayap itu turut bermain untuk Real Madrid, Paris Saint-Germain, Juventus dan Manchester United. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... elepas-copa-america

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.049788 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list