View: 3036|Reply: 0
|
JDT benam Kuching City, hampiri rekod tanpa kalah
[Copy link]
|
|
JDT benam Kuching City, hampiri rekod tanpa kalah
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/jejejsa_1700749936.jpg)
Pemain JDT, Syahmi Safari melakukan rembatan tetapi dihalang pemain Kuching City FC Iskandar Amir Amri Salleh pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. - BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) semakin hampir mengekalkan rekod bersih tanpa tewas musim ini selepas menewaskan Kuching City FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.
Rombakan dilakukan pengendali JDT, Esteban Solari apabila tidak menurunkan enam tonggak utama pemain Harimau Malaya yang baru pulang dari tugasan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Taiwan, 21 November lalu kecuali Shahrul Saad dan Syahmi Safari yang berada dalam kesebelasan utama.
Buat pertama kali Solari memberi kepercayaan kepada Daryl Sham George beraksi dalam kesebelasan utama dalam aksi menentang skuad kendalian Aidil Shahrin Sahak yang turun dengan misi menebus kekalahan 4-0, pada 19 Mei lalu namun tanpa kelibat Abu Kamara dan Petrus Shitembi.
Sebaik babak pertama bermula, JDT mula menyusun strategi apabila kerap menggempur benteng skuad The Cats dan kelibat Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva sering mengancam gawang pelawat.
JDT nyaris membuka tirai jaringan pada minit ke-16 selepas bola umpanan Juan Muniz menyaksikan Bergson bertindak melepasi kawalan Aylton Alemão sebelum merembat bola leret tetapi penjaga gol, Wan Azraie Wan Teh berjaya menepis bola daripada masuk ke gawang.
Akhirnya gol yang dinanti JDT menjelma pada minit ke-34 selepas bola umpanan pendek Oscar Arribas membuka ruang buat Bergson yang melakukan rembatan bola deras dari jarak 25 meter tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Wan Azraie.
Anak didik Solari menambah gol ketika aksi babak pertama berbaki tiga minit untuk ditamatkan apabila Juan Muniz tidak mensia-siakan bola sepakan percuma dari luar kotak penalti tepat ke penjuru kiri gawang gol yang menyaksikan Wan Azraie sekadar tergamam melihat bola menerjah jaring.
Bersambung babak kedua, JDT hampir menambah jaringan pada minit ke-54 apabila bola rembatan jauh Arribas gagal di tangkap kemas Wan Azraie dan Daryl Sham yang melakukan rembatan susulan hanya sekadar terkena palang gol.
Ternyata taktikal Aidil Shahrin yang mengarahkan barisan pemainnya `berkampung' di kawasan sendiri membuahkan hasil bagi mengelak menjadi pasukan belasahan.
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... i-rekod-tanpa-kalah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|