View: 891|Reply: 0
|
Ronaldo bukan 'kaleng-kaleng'
[Copy link]
|
|
RONALDO menjaring gol menakjubkan awal pagi tadi
Riyadh: Bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo terus mencipta sensasi di bumi Timur Tengah apabila menjadi antara penjaring terbanyak divisyen pertama dalam sejarah saingan liga di Arab Saudi.
Malah pemain berusia 38 tahun itu juga menjaringkan gol menakjubkan untuk Al Nassr dan turut dianggap antara yang tercantik pada awal pagi tadi.
Pada pertemuan menentang Al-Akhdoud dalam saingan Liga Pro Saudi menyaksikan pemenang Ballon d'Or lima kali itu membantu pasukannya meraih kemenangan 3-0.
Gol pertamanya pada perlawanan itu hadir menerusi satu sentuhan menakjubkan dalam kotak penalti serta penamat tenang dari jarak dekat.
Lebih menghangatkan suasana adalah gol kedua pemain berasal dari Portugal itu apabila menjadi bualan hangat peminat.
Selepas penjaga gol Al-Akhdoud, Paulo Vitor meluru keluar untuk menyelamatkan kubunya, bola itu melantun di depan Ronaldo.
Pemain itu kemudian mendada bola sebelum melambungkan bola melepasi benteng pertahanan sekali gus menerjah jaring dari jarak 28 meter.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bukan-kaleng-kaleng |
|
|
|
|
|
|
| |
|