CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 843|Reply: 0

Skuad Penyu 'menangis' dibelasah Sabah

[Copy link]
Post time 25-11-2023 11:54 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Terengganu FC, Habib Haron diasak pemain Sabah FC, Darren Lok pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) 'menangis' di laman sendiri selepas dibelasah Sabah FC 4-0 pada aksi ke-24 Liga Super malam ini.

Bagaimanapun kemenangan skuad The Rhinos itu gagal mengubah kedudukannya dengan kekal di tangga keempat liga dengan mengutip 48 mata begitu juga TFC kekal di tangga keenam dengan mengutip 36 mata.

Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, skuad TFC kendalian Tomislav Steinbruckner yang menurunkan 'barisan kedua' berikutan ramai pemain yang mengalami kecederaan bagaikan terpaku dengan corak permainan pelawat yang menekan tuan rumah bermula pada minit awal perlawanan lagi.

Pada perlawanan itu, Sabah FC yang masih berpeluang mencabar di kedudukan kedua liga mengejutkan tuan rumah menerusi bola libasan penyerang importnya, Ramon Macedo pada minit keenam selepas mendapat hantaran lintang Mohd Rizal Mohd Ghazali untuk mendahului 1-0.



Lima minit berselang, kapten skuad The Rhinos, Park Taesu hampir menambah jaringan buat pasukannya, namun rembatan leretnya singgah di tiang sekali gus terselamat pintu gol skuad Penyu yang dikawal Suhaimi Husin.

Tersentak deretan percubaan pelawat, TFC menggandakan asakan dan hampir berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-18, namun rembatan deras kapten, Habib Haroon sedikit melepasi palang gol yang dikawal bekas penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Pada minit ke-29, pelawat berjaya menambah jaringan kedua menerusi penyerang kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani yang bijak memperdaya pertahanan tuan rumah sebelum melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti yang gagal dijangkau penjaga gol untuk pasukannya mendahului 2-0.

Tidak cukup dengan dua jaringan itu, anak buah Datuk Ong Kim Swee bagaikan 'dirasuk' apabila berjaya menambah jaringan ketiga menerusi rembatan padu dari luar kotak penalti pemain tengah, Miguel Cifuentes pada minit ke-39 yang mendapat hantaran silang Mohd Rizal.

Sepanjang babak pertama, tanpa ramai pemain utama, skuad Penyu dilihat sedikit bergelut untuk memecah benteng pelawat yang diketuai Rawilson Batuil ditambah aksi serba tidak menjadi diperagakan tuan rumah.

Bersambung babak kedua, pelawat tidak menunggu lama untuk mencetak gol keempat menerusi pemain gantian, Muhammad Jafri Firdaus Chew yang mudah menolak masuk bola pada minit ke-47 hasil hantaran silang Macedo.

Hujan yang mula membasahi padang pada minit ke-60 perlawanan belum mampu mengubah keputusan biarpun skuad Penyu memasukkan penyerang utamanya, Ivan Mamut bagi menggantikan Adisak Kraisorn dan kedudukan 4-0 itu kekal hingga tamat perlawanan.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gis-dibelasah-sabah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.144059 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list