CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7198|Reply: 0

Rumput kuning Stadium Nasional hanya kesan sementara

[Copy link]
Post time 25-11-2023 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Rumput kuning Stadium Nasional hanya kesan sementara


Nur Ekmal (kiri) menuntut ilmu mengenai rumput Zeon Zoysia bersama pakar, Nigel Taylor. - Foto IG Nur Ekmal


KUALA LUMPUR: Kecoh semalam apabila padang Stadium Nasional Bukit Jalil didakwa sekali lagi mengalami kerosakan selepas berlangsungnya konsert Coldplay, Rabu lalu.

Situasi terbaru itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan ketika aksi final Piala Malaysia bakal berlangsung pada 8 Disember ini.

Pengarah Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nur Ekmal Buhary, berkata apa yang berlaku ke atas padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang kini menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia itu adalah kesan sementara.

Katanya, dengan 'treatment' atau rawatan yang dilakukan padang berkenaan boleh kembali digunakan dalam tempoh seminggu.

"Ini sebenarnya perkara biasa selepas berlangsungnya satu-satu acara. Ini disebabkan rumput itu tidak mendapat bekalan cahaya matahari yang cukup selepas ditutup untuk tujuan konsert dan mengakibatkan ia menjadi kuning.

"Apabila berlaku perkara ini, ada treatment yang akan dilakukan oleh pihak yang menjaga stadium untuk memulihkan keadaan padang.

"Masalah seperti ini tidak memerlukan masa yang panjang, dalam tempoh tiga atau empat hari kita sudah boleh lihat kesannya selepas treatment dilakukan," katanya kepada BH Sukan.

Jelas Nur Ekmal, rumput Zeon Zoysia mempunyai sistem akar yang luas, pertumbuhan rizom yang kuat dan ia menghasilkan rumput padat tebal yang pulih dengan cepat daripada kerosakan dalam ujian terkawal oleh National Turf grass Evaluation Programme (NTEP).

"Saya percaya pihak stadium sudah mengambil kira banyak faktor bagi menguruskan kesan daripada konsert itu termasuklah dari segi kos penyelenggaraan dan baik pulih.

"Jadi, tidak timbul isu padang rosak dan tidak boleh digunakan selepas ini," jelasnya.

Tambah beliau, antara 'treatment' yang boleh dijalankan adalah memberikan pencahayaan kepada rumput untuk mengembalikan warna asalnya.

"Saya percaya pihak stadium akan pastikan rumput yang kuning itu akan mendapat cahaya matahari yang cukup. Jika tidak cukup, mereka akan guna pencahayaan lampu.

"Sekiranya ada tempat yang kurang air, mereka akan tambah air selain menggunakan supplemen tertentu yang akan digunakan untuk mengembalikan semua keadaan asal rumput.

"Kalau kita lihat, sistem saliran di Stadium Nasional Bukit Jalil juga kini sudah lebih baik berbanding sebelum ini yang mana kalau hujan pun air tidak bertakung," katanya.

Semalam, pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengurniakan rumput jenis Zeon Zoysia untuk digunakan di Stadium Nasional Bukit Jalil memuat naik gambar keadaan permukaan padang gelanggang rasmi Harimau Malaya itu yang kelihatan terjejas di beberapa bahagian menerusi laman Instagram Story baginda.

Meskipun Tunku Ismail memuat naik gambar berkenaan tanpa sebarang kapsyen, pengguna media sosial rata-rata meluahkan kekesalan dan ketidakpuasan hati melihat keadaan permukaan padang itu.

Rabu lalu, kira-kira 85,000 peminat muzik membanjiri Stadium Nasional bersempena konsert Coldplay, sebuah kumpulan rock British.

Permukaan padang Stadium Nasional menjadi buah mulut orang ramai susulan keadaan yang tidak memuaskan ketika aksi pembukaan Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India, bulan lalu.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... nya-kesan-sementara

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.045652 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list