|
PENGAWAL keselamatan L Saratah, 40, menunjukkan gambar anaknya, L Kuhan Raj, 14, yang dilaporkan hilang seleps keluar dari rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur, sejak Jumaat lalu.
Kuala Lumpur: Remaja lelaki bertindak keluar dari rumahnya di Setapak, di sini, dipercayai akibat merajuk selepas ditegur mengambil basikal orang lain.
Ibunya, L Saratah, 40, berkata anak lelakinya L Kuhan Raj, 14, dilihat menunggang basikal orang lain di kawasan perumahan mereka pada 7 malam Jumaat lalu.
"Sudah tiga hari dia guna basikal itu yang menyebabkan saya memarahinya dan minta dia pulangkan basikal itu.
"Apabila dia pulang semula ke rumah pada 7.20 malam (Jumaat lalu), ibu saya pun menegurnya mengenai perbuatan (menggunakan basikal orang lain) itu.
"Dia kemudian (Kuhan Raj) terus keluar rumah dengan membawa satu beg berwarna hitam," katanya.
Saratah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, kali terakhir anak kedua daripada empat beradik berkenaan dilihat memakai baju kemeja T berwarna merah.
"Anak (Kuhan Raj) sudah tidak bersekolah sejak Jun lalu dan saya merancang untuk menghantarnya ke sekolah agama pada tahun depan.
"Saya risau dengan keadaannya kerana tidak membawa kad pengenalan dan tidak mempunyai wang," katanya yang membuat laporan kehilangan remaja itu di Balai Polis Wangsa Maju, semalam.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Kuhan Raj diminta memaklumkan kepada balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iri-selepas-ditegur |
|