CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1597|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pengecualian visa: N. Sembilan terima limpahan ekonomi

[Copy link]
Post time 28-11-2023 09:40 AM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN: Langkah kerajaan mengecualikan visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Disember ini akan mencetuskan limpahan ekonomi kepada negara ini dalam sektor pelancongan dan perdagangan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, limpahan itu akan turut dinikmati oleh Negeri Sembilan yang terletak berhampiran dengan pintu masuk utama negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Pelabuhan Klang.

Beliau berkata, beberapa destinasi pelancongan di negeri ini khususnya Port Dickson pasti akan menjadi tumpuan rakyat China selain kawasan perindustrian besar di negeri ini.

“Kerajaan negeri menyifatkan langkah yang diumumkan kerajaan ini akan memacu bukan saja sektor pelancongan tetapi pelaburan dan perdagangan dari rakyat China dan India.

“Jika kita dapat menarik kedatangan satu peratus sahaja daripada kombinasi penduduk China dan India sudah memadai untuk melonjakkan ekonomi negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan mengecualikan visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India selain dari Turkiye dan Jordan ke Malaysia mulai 1 Disember ini.

“Langkah ini bakal beri lonjak hubungan kerjasama strategik,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Nicole Tan dalam pada itu memberitahu, pihaknya akan berbincang bersama sektor swasta untuk merangka strategi terbaik bagi meraih faedah daripada langkah kerajaan itu.-UTUSAN.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.356797 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list