CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2086|Reply: 0

Seribu juta kali, saya kagum dengan Haaland - Guardiola

[Copy link]
Post time 29-11-2023 11:52 AM | Show all posts |Read mode

HAALAND berada di kelas tersendiri. -FOTO AFP

Manchester: Satu lagi rekod gol dicipta Erling Haaland yang membuatkan Pep Guardiola seolah-olah seperti bosan menjawab soalan mengenai penjaring prolifiknya.

Pemain berusia 23 tahun itu menjadi pemain terpantas menjaringkan 40 gol dalam Liga Juara-Juara dengan jaringannya pada minit ke-54 yang mencetuskan kebangkitan kepada kemenangan 3-2 City ke atas RB Leipzig seterusnya mengungguli tempat teratas Kumpulan G dengan baki satu perlawanan.

Tiga hari sebelum itu, Haaland menjadi yang terpantas menjaringkan 50 gol di Liga Perdana Inggeris selepas mereka melakar keputusan seri 1-1 dengan Liverpool.

"Sekali lagi? Saya kena beritahu awak sekali lagi?" Guardiola ketawa, apabila diminta memberi komen. "Seribu juta kali, saya sangat kagum.


"Mereka menang hari ini. Satu lagi rekod. tahniah. Dia seorang pemain yang hebat. Saya memberitahu anda berkali-kali, kami sangat, sangat gembira.

"Kami menyayanginya, bukan hanya untuk gol yang dia jaringkan, tetapi untuk banyak perkara lain."

Haaland hanya mengambil masa 35 perlawanan untuk mencapai 40 gol, memintas rekod 45 perlawanan Ruud van Nistelrooy.

Tetapi yang lebih penting bagi Guardiola, Haaland menjadi pencetus kebangkitan City selepas separuh masa pertama yang hambar menyebabkan mereka ketinggalan dua gol buat kali pertama dalam perlawanan Liga Juara-Juara sejak 2018.

Guardiola berkata dia berharap pemainnya akan belajar daripada permainan 'roller-coaster' itu.

"Untuk menang dalam permainan itu mudah, dan menyedarinya. Meletakkan diri di hadapan cermin dan berkata 'Kami perlu melakukan lebih baik,'" katanya.

"Tetapi Februari (pusingan 16) kami akan berada di tempat teratas kumpulan, saya tidak tahu siapa yang akan kami hadapi tetapi perlawanan kedua akan berada (tempat sendiri) dan kami menunjukkan sekali lagi bahawa kami mampu untuk membuat kemunculan semula."

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-haaland-guardiola
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.237193 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list