CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3266|Reply: 0

[Johor] Hakisan hanya dua meter dari jalan raya

[Copy link]
Post time 29-11-2023 12:19 PM | Show all posts |Read mode

Tebing Sungai Mengkibol yang runtuh semakin hampir ke jalan raya di Kampung Palembang Lama, Kluang.

KLUANG – Hakisan tebing Su­ngai Mengkibol berhampiran Kampung Palembang Baru dan Lama perlu diatasi segera oleh pihak berkaitan bagi mengelakkan runtuhan merosakkan jalan.

Hasil tinjauan di sepanjang Sungai Mengkibol mendapati, banyak kesan runtuhan akibat hakisan pada tebing, malah ada antaranya hanya tinggal satu meter dari jalan raya.

Pengadu yang mahu dikenali sebagai Rosli berkata, walaupun runtuhan pada tebing sungai itu hanya berlaku apabila air naik tinggi akibat hujan lebat, namun perhatian perlu diberikan lebih awal bagi mengelak keadaan ­lebih teruk pada masa akan datang.

Katanya, kini sudah memasuki musim tengkujuh dan kejadian paras air sungai tinggi akan berlaku lebih kerap apabila hujan lebat turun hampir setiap hari di Kluang ketika ini.

“Kemuncaknya apabila ber­laku banjir atau sekurang-kurangnya air Sungai Mengkibol melimpahi tebing yang kebia­saannya berlaku pada Disember atau Januari nanti.

“Paling membimbangkan adalah beberapa kawasan tebing sudah terlalu hampir runtuhannya dengan jalan utama di kampung ini yang berkemungkinan menyebabkan laluan penduduk terputus,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Katanya, pihak berkaitan serta pemimpin setempat seharus­nya cakna dengan keadaan ini serta tidak menunggu berlakunya satu-satu musibah baru diambil tindakan.

Seorang lagi penduduk, Ali Ibrahim, 45, berkata, mungkin kerana belum berlaku sesuatu yang menyebabkan kesukaran kepada penduduk kampung, masalah runtuhan seperti ini dipandang remeh.

“Kami amat berharap satu tindakan segera dapat dilakukan terhadap runtuhan tebing Su­ngai Mengkibol ini terutama sekali kawasan yang terlalu hampir de­ngan jalan raya,” tambah­nya.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... er-dari-jalan-raya/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.506398 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list