CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2829|Reply: 0

[Selangor] Sayu kenang rumah penuh memori terbakar

[Copy link]
Post time 29-11-2023 06:04 PM | Show all posts |Read mode

Eksekutif Operasi Agihan Daerah Gombak Lembaga Zakat Selangor (LZS), Muaz Johani Ahmad Masri menyerahkan sumbangan kepada Zuraini Mak Din yang merupakan salah seorang mangsa kebakaran yang berlaku di Selayang Indah, hari ini. FOTO SADIQ SANI

Batu Caves: "Saya sangat terperanjat dan macam tidak percaya kejadian ini berlaku kepada saya sekeluarga."

Itu luahan hati kakitangan Media Prima Omnia (Omnia), Zuraini Mak Din, 55, apabila rumah pusaka yang didiaminya musnah dalam kebakaran di Kampung Selayang Indah, di sini, Isnin lalu.

Zuraini berkata, ketika kejadian kira-kira 3 petang, dia berada di tempat kerja di Bangsar, di sini, sebelum menerima panggilan daripada ahli keluarga yang memaklumkan kebakaran itu.

Menurutnya, dia seperti tidak percaya lalu bergegas pulang ke rumah untuk melihat apa yang berlaku.



"Kebakaran menyebabkan rumah dua tingkat ini musnah 80 peratus termasuk gambar ahli keluarga dan dokumen penting juga gagal diselamatkan. Sayu rasa kerana tiada lagi gambar ibu bapa yang sudah menghadap Ilahi.

"Tiada lagi memori yang boleh kami lihat secara visual kerana ada di antaranya tidak disimpan di dalam telefon bimbit, tetapi saya reda dengan ketentuanNya," katanya.

Zuraini berkata demikian selepas menerima kunjungan Eksekutif Operasi Agihan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Daerah Gombak Muaz Johani Ahmad Masri untuk menyerahkan sumbangan pendahuluan, di sini, hari ini.

Menurutnya, rumah terbabit adalah rumah pusaka yang mempunyai banyak kenangan manis terutama ketika ibu bapanya masih ada.

"Rumah ini sudah berusia 50 tahun dan banyak kenangan kami terutama semasa perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.

"Kami akan berkumpul di sini mendengar takbir dan membuat persiapan menyambutnya bersama-sama.

"Jika orang lain menyambut hari keluarga ke luar kota, kami pula menyambutnya di sini dengan mengadakan aktiviti seperti memasak bersama," katanya yang tinggal di rumah berkenaan bersama enam keluarga lain.

Katanya, dia melahirkan rasa syukur kerana semua ahli keluarga termasuk bayi perempuan berusia lima bulan selamat dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nuh-memori-terbakar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.102683 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list