View: 3197|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
CIDB siasat gudang runtuh
[Copy link]
|
|
Anggota bomba mengusung mayat mangsa runtuhan.
KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sudah melakukan siasatan awal keruntuhan struktur konkrit sebuah gudang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang, hari ini.
CIDB dalam kenyataan berkata siasatan dilakukan atas aspek keselamatan pembinaan mengikut Seksyen 34B Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).
"Selain itu ia menekankan perkara berkaitan kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas kerja pembinaan dijalankan.
"Menurut Akta 520, mana-mana kontraktor yang melanggar kewajipannya dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan, dan pelanggaran kewajipan itu menyebabkan kematian, dia adalah dianggap melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya.
Kenyataan berkenaan menyatakan, CIDB akan bekerjasama dengan agensi lain yang berkaitan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mengambil kira sebarang ketidakpatuhan yang turut membabitkan akta, undang-undang dan peraturan yang berada di bawah kawalan mereka.
"Dalam insiden runtuhan gudang logistik yang masih dalam pembinaan di Batu Maung malam tadi, tiga pekerja binaan warga Bangladesh maut, manakala dua parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
"Maklumat awal daripada pegawai penguat kuasa CIDB Pulau Pinang yang berada di tapak kejadian mendapati 14 batang tiang rusuk (beam) telah runtuh menyebabkan lantai konkrit jatuh menghempap pekerja yang sedang berada di tingkat bawah," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... iasat-gudang-runtuh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|