CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2998|Reply: 0

[Johor] HSA nafi dakwaan wanita datuknya uzur tidak dapat rawatan wad kelas pertama

[Copy link]
Post time 30-11-2023 01:47 PM | Show all posts |Read mode

Waris kepada pesakit yang didakwa nazak berkongsi beberapa gambar ketika menghantar datuknya ke HSAJB, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) menyangkal dakwaan seorang wanita bahawa datuknya uzur dinafikan hak untuk mendapat rawatan di wad kelas pertama di hospital, semalam.

Pengarahnya, Dr. Sal Atan berkata, pesakit yang berkelayakan untuk dimasukkan ke wad kelas pertama tidak dapat dilaksanakan kerana penutupan sepenuhnya wad itu buat sementara waktu.

Beliau berkata, ini bagi memberi ruang pada projek naik taraf bekalan utama elektrik, sistem elektrikal dan mekanikal di Bangunan Induk dan Bangunan wad bersalin secara berfasa.

“Projek menaik taraf itu telah bermula pada 2022 dan dijangka siap pada 2025. Notis pemakluman berkaitan projek naik taraf juga telah dinyatakan di pekarangan kawasan hospital.

“Walau bagaimanapun, pihak pengurusan hospital mengambil serius berhubung isu ini dan berusaha untuk melakukan penambahbaikan terhadap fasiliti yang uzur,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu tular di platform X milik persendirian @anifaresailema, wanita mempertikai kualiti perkhidmatan dan kemudahan di HSAJB yang disifatkan meragukan dan menyedihkan ketika menghantar datuknya bagi mendapatkan rawatan.

Wanita itu juga mempertikaikan perkhidmatan HSAJB setelah datuknya tidak dapat dapat ditempatkan di wad kelas pertama walaupun pernah berkhidmat sebagai kakitangan awam.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -wad-kelas-pertama/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.437392 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list