CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30132|Reply: 0

[Johor] Johor cadang guna sistem kod QR bagi mudahkan proses keluar masuk CIQ

[Copy link]
Post time 4-12-2023 07:59 PM | Show all posts |Read mode


ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri Johor mencadangkan agar kerajaan persekutuan mempertimbangkan pelaksanaan kaedah digital sistem Kod QR, sama seperti Singapura, bagi pergerakan keluar masuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), di Johor.

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata, ia merupakan salah satu daripada tiga cadangan kerajaan negeri dalam usaha kerajaan Malaysia dan pemerintah Singapura menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Kita juga sedia maklum bahawa Singapura telah mengumumkan pelaksanaan sistem Kod QR bagi pergerakan keluar masuk di CIQ bermula 1 Januari 2024.

“Negeri Johor juga berharap kerajaan persekutuan dapat mempertimbangkan kaedah digital yang sama bagi melancarkan pergerakan di sempadan yang tersibuk di dunia ini,” kata beliau di Iskandar Puteri pada Ahad (3 Dis).

Encik Onn Hafiz berkata demikian ketika sesi penggulungan mesyuarat keempat (Belanjawan 2024) Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di Iskandar Puteri.

Beliau turut berharap bagi memastikan kelancaran pergerakan pekerja dan barang dagangan, inisiatif seperti visa pelbagai kemasukan, pas khas serta kakitangan Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam yang mencukupi, amat diperlukan.

Beliau juga mencadangkan agar kerajaan persekutuan melengkapkan infrastruktur utama, antaranya laluan khas daripada Link Kedua ke Forest City, pembinaan LRT, kereta api laju (HSR) dan khidmat feri.

Encik Onn Hafiz menambah Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City, yang merupakan sebahagian daripada JS-SEZ juga akan menarik pemain industri kewangan antarabangsa, khususnya dari Singapura untuk mengembangkan cawangan atau perkhidmatan sokongan mereka di Forest City.

Malaysia dan Singapura dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) berhubung JS-SEZ di Johor Bahru pada 11 Januari ini.

“Insya-Allah, dengan semua ini, lebih banyak pelaburan yang berkualiti akan kita terima, sekali gus mewujudkan rantaian ekonomi yang panjang seperti peluang pekerjaan, dengan gaji yang tinggi yang akhirnya akan memberi manfaat bukan sahaja kepada Bangsa Johor tetapi juga kepada rakyat Malaysia keseluruhannya,” kata beliau.



https://berita.mediacorp.sg/dunia/johor-cadang-guna-sistem-kod-qr-bagi-mudahkan-proses-keluar-masuk-ciq-806076

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.046486 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list