View: 4595|Reply: 0
|
[Johor]
Wanita dalang sindiket pasport terbang ditahan
[Copy link]
|
|
PASPORT dan wang tunai antara dirampas dalam Ops Serkap yang menahan seorang wanita tempatan dipercayai dalang pasport terbang. FOTO Ihsan JIM Johor
Johor Bahru: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang' dengan penahanan seorang wanita tempatan yang dipercayai berperanan sebagai dalang sindiket, semalam.
Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, wanita berusia 47 tahun itu ditahan menerusi Ops Serkap pada jam 6 petang di Taman Nusa Bistari, di sini.
Katanya, penahanan wanita terbabit adalah hasil risikan selama dua minggu oleh Unit Risikan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor.
"Wanita itu disyaki menjadi dalang utama sindiket pemalsuan dokumen (pasport China). Kegiatan ini dipercayai sudah beroperasi kira-kira tiga bulan lalu.
"Hasil serbuan oleh sepasukan pegawai Unit Risikan di sebuah petak parkir turut menahan seorang lelaki warga China berusia 34 tahun, yang dipercayai sebagai orang tengah sindiket.
"Sindiket ini mengenakan bayaran sehingga RM500 bagi setiap satu pasport yang diproses," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini
Menurut Baharuddin, turut disita sebuah kenderaan jenis Toyota Mark X berwarna putih.
Katanya, lima pasport China dan wang tunai berjumlah RM12,100 turut dirampas dalam operasi itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ort-terbang-ditahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|