CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7096|Reply: 0

[Perak] JKM cari waris bayi lelaki ditinggalkan belakang rumah kedai

[Copy link]
Post time 5-12-2023 02:13 PM | Show all posts |Read mode

NOR Amelia Ali menunjukkan gambar bayi yang ditinggalkan di belakang rumah kedai minggu lalu dalam sidang akhbar di pejabat JKM Manjung di Lumut. - UTUSAN/SHAMSUL KAMAL AMARUDIN



LUMUT: Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Manjung mencari waris bayi lelaki berusia 10 hari yang diletakkan dalam beg dan ditinggalkan di tepi longkang belakang rumah kedai di Taman Sentosa, Ayer Tawar, dekat sini, pada 25 November lalu.

Pegawai JKM Daerah Manjung, Nor Amelia Ali, berkata ketika ini bayi yang dicadangkan namanya sebagai Abu Ubaidah itu dalam keadaan sihat dan tubuhnya sempurna, berada di Jagaan Rapi Bayi (NICU) Hospital Seri Manjung (HSM).

Jelasnya, JKM bagaimanapun telah mendapat Perintah Jagaan Sementara di bawah Akta Kanak-kanak 2001 bagi mencari penempatan terbaik untuk bayi tersebut.

“Kami percaya waris bayi itu adalah rakyat tempatan berdasarkan raut wajah serta cara kanak-kanak itu ditinggalkan.

“Kebiasaannya, warga negara yang meninggalkan bayi bersekali dengan tali pusat serta uri yang masih basah, dan tali pusat itu pun dipotong sendiri,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Seri Manjung, hari ini.

Beliau percaya ibu kepada kanak-kanak itu sudah meninggalkan daerah Manjung kerana pemeriksaan di klinik sekitar Ayer Tawar dan kawasan berdekatan tidak menemui maklumat rawatan ibu mengandung yang mempunyai kaitan dengan bayi tersebut.

Jelas beliau, individu yang mempunyai kaitan dengan bayi itu boleh menghubungi JKM Manjung dan berbincang untuk proses penempatannya, dan pihaknya boleh membantu mencarikan keluarga angkat sementara, jika individu tersebut atau waris tidak memiliki kemampuan kewangan.

Beliau memberitahu, jika tiada waris atau individu yang mempunyai kaitan, menuntut bayi tersebut, pihaknya akan menyerahkan Abu Ubaidah kepada keluarga angkat dengan keutamaan kepada pasangan sudah lama berkahwin tetapi tiada anak.

Katanya, pejabat itu memberi tempoh tiga bulan untuk proses tersebut dan sekiranya masih tiada waris yang menuntut, pihaknya akan mendapatkan perintah mahkamah untuk pemberian kepada keluarga angkat secara kekal manakala pilihan terakhir ialah ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak untuk tempoh tertentu.

Jelas beliau, ia adalah kejadian pertama kes buang bayi di daerah Manjung tahun ini dan berdasarkan kejadian sebelum ini, ia dipercayai dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan sah, tidak mampu menjaganya serta malu dan takut dimarahi keluarga kerana mengandung.

“Tahun lalu juga ada satu kes buang bayi di daerah ini, tetapi waris berjaya ditemui apabila sehari selepas kes itu dilaporkan, warisnya terus berhubung dengan JKM untuk mengambil bayi tersebut,” ujarnya.

Pada 26 November lalu, media melaporkan penemuan bayi itu di tepi longkang di Ayer Tawar.

Bayi tersebut ditemui oleh seorang lelaki berusia 45 tahun kira-kira pukul 8.15 malam sebelum menghubungi pihak polis bagi memaklumkan penemuan tersebut.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, dilaporkan berkata bayi tersebut dihantar ke HSM dan berada di NICU untuk rawatan serta pemantauan lanjut oleh pihak HSM dan JKM. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... lakang-rumah-kedai/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.036652 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list