View: 8165|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Kanak-kanak usia 6 tahun mati akibat kurang zat besi, makanan selain diabai
[Copy link]
|
|
GAMBAR HIASAN
Kuala Lumpur: Punca kematian kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sebuah flat di Bandar Tun Razak, di sini, Sabtu lalu adalah disebabkan kekurangan zat besi dan makanan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, punca kematian itu diperoleh selepas pihaknya memperoleh keputusan bedah siasat terhadap mangsa.
"Mangsa meninggal dunia disebabkan kekurangan zat besi dan makanan, sekali gus kami dapati ada unsur pengabaian.
"Setakat ini, tiada tangkapan dibuat," katanya dihubungi, hari ini.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun meninggal dunia dipercayai didera dan diabaikan bapanya dalam kejadian di Bandar Tun Razak, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dipetik berkata, kejadian berlaku ketika bapanya meninggalkan kanak-kanak perempuan itu dalam bilik untuk membeli makanan jam 11.30 pagi.
Menurutnya, ketika pulang jam 2.30 petang, mangsa ditemukan tidak bermaya dan dibawa ke Hospital Tunku Azizah, di sini, untuk menerima rawatan.
Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia pada hari sama dan disyaki terdapat unsur penderaan serta pengabaian oleh penjaga.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kanan-selain-diabai |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|