CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7512|Reply: 18

Hantar emak ke rumah orang tua harga kayangan.. adakah aku anak derhaka?

[Copy link]
Anonymous
Anonymous  Post time 6-12-2023 09:36 AM |Read mode





kalau kes macam ni kira anak derhaka ke? emak dia happy dia cakap





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 10:02 AM | Show all posts
Takla..tanggungjawab kita ialah membuat mak happy.

Acik pun fikir mcm ni. Bila dah tua kalau boleh taknak susahkan anak. Nak hidup dengan rakan rakan sebaya buat persiapan utk ke alam satu lagi. Kalau ada rezeki nak tambah hafalan ayat ayat dlm Quran.

Pentingnya rakan sebaya ni sebab boleh bincang topik-topik yang sama. Kekadang anak pun tak faham apa yang kita cuba nak sembang.

Anak anak pun ada tanggungjawab sendiri. Nak uruskan keluarga, nak kerja. Nak me time. So, dgn adanya rumah rumah org tua mcm ni, memang memudahkan achik dan anak anak.

Gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:30 AM | Show all posts
mentaliti MELAYU nak jd anak soleh kompem masuk syurge :

-kalau mak x suka pasangan, cerai. pasangan boleh cari. mak ayah x de ganti. gituhhh taraf taat.
-mak ayah sakit, kena brenti keja, duk rmh mereka jaga makan pakai minum. dah tu sape yg nak hulur duit belanja makan pakai, pampers, ubat, ulang alik buh myk g spita?
-bulan2 wajibbb hulur duit kat mak ayah sekian2 waima diri sendiri pun x cukup duit utk belanja. sanggup biarkan keperluan diri, bini, anak x cukup atas alasan duit yg diberi tu pun takan mampu balas jasa mak ayah mbesarkan kita.

inilah cth2 mentaliti melayu islam.

mcm artikel ni, ko ata mak tempat sebagus mana sekalipun tetap takkan dipandang mulia sb dah tertanam dlm minda, kalau duk skli mak ayah itu je lah definisi BERJAYA jd anak yg MENJAGA MAK AYAH ketika tua.

sis/bro, takkan u nk brenti keja sb mulut org. beras rmh kita, mereka nk tanggung ke? deme mkn cap rambutan, kita mcm cap pusa gold. usah la dgr kata org, ulat dlm batu pun boleh hidup. deme kete viva, kita kete merc. perbelanjaan hidup setiap org x sama so tlg stop sakitkan hati org dgn kata2 nista nk suh org ikut life diorang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
tak derhaka langsung
lebih baik la hantar mereka kat rumah org tua sebab ada yg tgk and jaga, sediakan makan minum semua berbanding diorg tinggal sorg² kat umah

dari segi mental pulak, lebih terjaga sebab ada aktiviti yg dilakukan, boleh bersosial dgn kawan² sebaya yg lebih memahami berbanding anak sendiri

kalau itu dikatekan derhaka, dah tu mcm mana pulak dgn parents yg hantar anak² ke nursery atas alasan takde org nak jage tu?

btw, elderly care lebih mahal ye bayarannye..
tak kisah la juge kalau jenis under jkm ke ape, as long as bagi aku mereka - parents, lebih terjaga rapi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:29 AM | Show all posts
aku klu bnyk duit gini mau jugak hantar mak & abah aku ke situ...sbb selesa..and masa derang terisi...ada org tgkkan dia sepanjang masa..mkn minum ada org sediakan....pada biar mereka duk sendiri kat rumah...aku pi kerja....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 12:26 PM | Show all posts
derhaka celah manaaaa
arwah makcik iols dulu pun pernah menyatakan hasrat utk duduk rumah orang tua semasa bulan puasa. nak fokus beribadat dgn rakan2 yg ada dlm tu katanya

iols pun bila dh tua kang, hantar diri ke rumah org tu je
takmo menyusahkan sesiapa.. menabung dr sekarang utk tinggal rumah kebajikan tetua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas kerna dapat balance kan kerja & tanggungjawab sebagai seorang anak.

Kalau mak uols senang di tempat tu,baguslah. Kadang kita tak perlu ambik port apa orang nak cakap. Mereka bukan di dalam tempat kita. Kalau mak dah boring kat situ, baru lah boleh pikirkan alternatif.

Meols memang tak peduli apa orang nak kata. Asalkan tak langgar hukum Islam,pemerintah n social norms, buat je yg terbaik buat diri sendiri & keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 12:39 PM | Show all posts
Aku pun  tgh mencari area2 Melaka N Sembilan.
Kesian duduk sorang2, Budjet 2k sebulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 12:47 PM | Show all posts
Kalau emak atau ayah masih sihat, akal masih waras. Tapi dah tua. boleh hantar.
Mcm mana kalau dah uzur benar, bedridden, x boleh bangun. X boleh cakap. Adakah kita masih lagi nak biar org lain urus emak ayah kita? Adakah emak ayah kita nak org lain uruskan mereka.Adakah kita sanggup?
Masa, rezeki pahala untuk anak2. MAsa aku blm sampai, bila dah sampai masa. Mcm mana agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting mak happy....psl mulut org tu, lantak kan ajer
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:48 PM | Show all posts
aku rasa ramai jer mak2 yg suka nak duk pondok belajar agama dengan rakan sebaya semasa masih sihat.  Of coz laa kalau dah uzur bedridden dementia, tanggungjawab auto jatuh kat anak2, sangat membimbangkan kalau letak rumah org tua atau care facility bila dah tahap ni.  Kalau ada kemampuan untuk ada maid/home caregiver with cctv monitoring etc, itu lebih baik.  semoga kita semua mampu berbakti pada org tua kita sblm mereka pergi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedara mara pandai mengutuk je, bukan dia nak jaga pun, so buat je yg kita rasa terbaik utk family kita.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:55 AM | Show all posts
toksah dilayan cakap2 org tu...melayu camtu lah..bila belajar tinggi2, kerja jauh2, bila mak ayah sakit, takleh jaga, dikata derhaka.. bila duduk sekali nak jaga mak ayah, dikata menghimpit, mwnyusah mak ayah tak guna bljr tinggi2 tapi dok kampung dgn mak ayah itu ini...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan je, abaikan kata2 org. Yg penting mak happy

Nenek i siap minta lg kat anak2 dia minta hantar dia kat satu pondok orang tua kat kedah ni. Sbb dia nk belajar agama senang, ada rutin. Mulanya my mom n adik beradik dia tak setuju, tp bila tgk suasana dan keadaan pondok mcm chalet mmg selesa n lengkap, ok dorg approve. Kami pun blh bila2 masa dtg dan nenek pun bila2 masa blh call minta jemput ke apa. I penah cuti 2 minggu ikut pengajian sama2 dgn nenek, bulan puasa pula my parents dok sekali mengaji kat situ temankan nenek, cuma my parents terpaksa la sewa homestay berdekatan sbb masa tu pondok penuh. Nenek i happy dok situ, kadang ada aktiviti berjalan. Kesimpulannya, kita lebih tahu apa yg kita buat
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan mak ko happy. Ibarat ko hantar mak kat nursery. Tiap malam ambil kan. Sedara mara ko jeles la tu x mampu buat gitu. Kenapa nak layan mulut org, kita hidup bukan nak please anyone.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Beb.. kita hantar anak-anak kita awal pagi, ambil lewat petang lepas balik kerja.. kita parents yang derhaka ke?

Konsepnya asalkan mak ko happy, selamat, cukup makan pakai dan tidak terabai.. kira ko dah buat yang terbaik. U abaikan je mulut sedara mara tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 09:41 AM | Show all posts
kalo tang aku.. yg pertama mengutuk dah tentu lahh adik mak aku yg bongsu..
Ucu aku ni mmg pendengki dgn keluarga kami.
tp aku mmg tkde lah nak antor mak ke day care pun apa tah lg dok rumah org tua. sbb rasa nya aku masih lg bertahan dgn bantuan pembantu rumah. tmbah pulak adik dah balik kerja kat malaysia
aku mmg dah lama tk bercakap dgn ucu aku tu.

tp mmg aku mencari rumah mengaji utk masa tua. utk diri sendiri. dah aku pun tak kawin. jgn susahkan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ok je kalau mak yang request, lagipun takde la sunyi kan, rumah orang tua T20 jugak harga macam tu, kalau mak tak nak tapi kita paksa tu kes lain
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Stigma org asia.  Honestly, kalau mak i dah start nyanyuk, kami adik beradik agreed akan hantar ke  private aged home sebab ada 24hrs care, nurses to pantau etc. Kitarang pun dah tua x larat melainkan kitarang anak arwah JJ ke boleh la kut jaga kat rumah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.562626 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list