View: 4760|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
'Tolong carikan anak saya'
[Copy link]
|
|
ZAYN Rayyan dilapor masih tidak pulang ke rumah sejak habis sekolah.
Kuala Lumpur: Kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun dilapor hilang sejak 12.30 tengah hari Selasa.
Ibunya berkongsi di Facebook mengenai kehilangan Zayn Rayyan yang dikatakan masih berpakaian seragam sekolah.
"Assalamualaikum, minta tolong jika ada ternampak anak saya seperti dalam gambar, anak saya hilang dari tengahari tadi.
"Jika ternampak sila hubungi nombor seperti di bawah. Anak saya OKU, autisme. Dia tak boleh bercakap. Jika nampak sila pegang dia dahulu ya, terus hubungi saya, terima kasih," katanya.
Zayn Rayyan berketinggian 120 sentimeter (cm) dan kali terakhir dilihat berpakaian baju putih dan seluar hitam serta berkasut sekolah.
Kanak-kanak itu difahamkan bersekolah di Damansara Damai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-carikan-anak-saya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|