CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5014|Reply: 0

[Perak] Perak perhebat penguatkuasaan tangani masalah merokok di tempat awam

[Copy link]
Post time 6-12-2023 02:12 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

IPOH: Kerajaan Perak memperhebat aktiviti penguatkuasaan termasuk pengeluaran notis dan kompaun sebagai langkah proaktif menangani masalah individu merokok di tempat awam.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A Sivanesan, berkata anggaran nilai kutipan kompaun berkaitan penguatkuasaan itu bagi 2022 adalah sebanyak RM1.305 juta, manakala bagi tempoh Januari hingga September tahun ini telah mencecah RM2.114 juta.

Beliau berkata, jumlah operasi penguatkuasaan sepanjang 2022 adalah sebanyak 2,603 aktiviti, manakala bagi Januari hingga September tahun ini mencatatkan 2,274 aktiviti.

"Pengeluaran notis Seksyen 32B Akta Makanan 1983 setakat September tahun ini adalah sebanyak 8,465 notis berbanding 5,222 notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas," katanya pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.



Sivanesan menjawab soalan Dr Najihatussalehah Ahmad (PN-Bota) yang ingin tahu langkah-langkah penguatkuasaan termasuk langkah proaktif diambil kerajaan negeri bagi menangani masalah perokok di tempat awam.

Beliau berkata, penguatkuasaan juga akan dipertingkat tahun depan dengan sasaran bilangan aktiviti operasi lebih tinggi ditetapkan dalam pelan tindakan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak.

Sivanesan berkata selain aktiviti penguatkuasaan oleh JKN, hebahan dan peringatan berkaitan kawasan larangan merokok turut dijalankan dari semasa ke semasa menerusi kempen awam.

"Sepanjang tahun 2022 dan 2023, sebanyak 108 aktiviti kempen advokasi telah dijalankan di negeri Perak, merangkumi aktiviti di IPTA (institusi pengajian tinggi awam), sekolah, masjid, kompleks membeli-belah, jabatan kerajaan dan komuniti," katanya.– BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... okok-di-tempat-awam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.046881 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list