CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5048|Reply: 0

[Johor] Memalukan negeri Johor - MB

[Copy link]
Post time 6-12-2023 02:18 PM | Show all posts |Read mode

Onn Hafiz Ghazi

Johor Bahru: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan insiden gangguan bekalan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Tambak Johor sebagai memalukan kerajaan negeri.

Katanya, beliau telah mengarahkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan menyelesaikan isu terbabit.

"Apa yang berlaku ini amat menyusahkan pengguna dan memalukan negeri.

"Pihak TNB dan JKR telah diarahkan untuk menyelesaikan isu ini pada kadar segera," katanya dalam hantaran di media sosial.



Terdahulu media melaporkan CIQ BSI di Tambak Johor di sini mengalami gangguan bekalan elektrik lebih 12 jam dipercayai terjadi pada jam 8 malam tadi dan berlarutan hingga jam 10 pagi.

Insiden itu menimbulkan keluhan dalam kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura apabila terpaksa berbaris panjang dan lama kerana proses cap pasport terpaksa dilakukan secara manual.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-negeri-johor-mb

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.087838 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list