View: 5013|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
RM650 juta eMADANI lulus melibatkan 6.5 juta penerima
[Copy link]
|
|
AHMAD Maslan meninjau perbelanjaan orang ramai menggunakan eMADANI di sebuah pasar raya di Putrajaya.
PUTRAJAYA: Sebanyak 6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI diluluskan dan dikreditkan kepada penerima yang layak setakat ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, peruntukan keseluruhan yang diluluskan setakat ini berjumlah RM650 juta.
Beliau berkata, sebanyak 1.8 juta lagi permohonan masih dalam proses kelulusan di mana ia mengambil masa antara satu hingga lima hari untuk keputusan dari tarikh permohonan.
“Mereka yang layak tetapi permohonan gagal boleh membuat rayuan,” katanya ketika meninjau perbelanjaan oleh orang ramai menggunakan eMADANI di sebuah pasar raya, di sini pagi ini.
Katanya, beliau juga menjelaskan permohonan di semua aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet lain akan ditolak jika gagal pada permohonan pertama.
Ahmad berkata, mereka yang gagal boleh membuat rayuan melalui beberapa platform termasuk menghantar emel menerusi [email protected] atau menghubungi talian 03-88824565 dan 1800882747.
Menurutnya, eMADANI ditawarkan menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Shopee, MAE Maybank, Touch N’ Go atau Setel Petronas.
Sementara itu, katanya, antara punca individu yang gagal memohon atau tidak termasuk dalam kumpulan kelayakan adalah kerana tidak mengemukakan cukai tahun taksiran 2022 dalam tempoh yang ditetapkan.
Jelasnya lagi, sekiranya mereka membuat perisytiharan cukai dan masih tidak layak, kemungkinan pendaftaran nama mereka dalam platform e-wallet dan rekod LHDNM adalah tidak sama dan boleh merayu.
“Contoh individu yang tidak dapat memohon juga termasuk pelajar universiti kerana menerima eBeliaRahmah,” katanya.
Katanya, isu-isu berkaitan permohonan eMADANI yang dihadapi oleh orang ramai akan dibawa ke pasca Mesyuarat Jemaah Menteri Kementerian Kewangan.
Dalam pada itu, katanya, syarat ketat yang ditetapkan bagi program eMADANI berkenaan ialah sebagai usaha untuk membantu perusahaan mikro kecil sederhana (PKMS).
“Kita nak membantu rakyat dengan kembangkan ekonomi setempat dan bukannya syarikat-syarikat besar contohnya seperti untuk pembayaran tol dan sebagainya,” katanya.
Pendaftaran dan permohonan tuntutan kredit eMADANI dibuka sejak Isnin lalu dan akan memanfaatkan 10 juta rakyat melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -6-5-juta-penerima/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|