CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3857|Reply: 0

[Melaka] Polis minta bantuan kesan remaja lelaki tempatan, wanita warga China

[Copy link]
Post time 6-12-2023 03:23 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Melaka: Polis Melaka meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja lelaki tempatan dan wanita warga China yang dilaporkan hilang pada Ogos dan November lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan kehilangan remaja terbabit, Muhammad D'niel On, 18, dibuat ibunya di Balai Polis Tengkera, dekat sini, pada 8 September lalu.

Menurutnya, pengadu mendakwa anaknya yang berambut pendek berwarna perang, kulit putih kemerahan dan kurus, hilang ketika mereka membuat kad pengenalan baharu di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah, di sini, pada 4.30 petang, 30 Ogos lalu.

"Ketika menunggu giliran untuk proses cap jari, pengadu menyedari anak lelakinya sudah tiada dan cuba mencarinya di bangunan UTC, namun gagal.


"Telefon bimbit anaknya juga tidak dapat dihubungi lagi kerana sudah rosak dan sehingga kini dia belum pulang.

"Pengadu turut menghubungi kawan-kawan anaknya, namun mereka tidak mengetahui di mana dia berada," katanya dalam kenyataan.

Christopher berkata, polis turut menerima laporan daripada seorang lelaki pada 16 November lalu mengenai kehilangan isterinya, warga China, Wang Juan, 32.

Katanya, lelaki itu melihat isterinya keluar dari rumah mereka di No 21, Jalan Kota Laksamana 3/1B, jam 11.40 pagi, pada 13 November dengan memakai baju berzip lengan pendek berwarna putih dan seluar hitam.

"Pengadu mendakwa ketika itu dia berada di bilik tidur dan melihat isterinya keluar dengan hanya membawa beg duit berserta pasport asal.

"Isterinya berambut pendek paras bahu berwarna hitam, kulit kuning langsat, badan gempal dan anggaran tinggi 158 cm," katanya.

Christopher berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kedua-dua individu terbabit boleh menghubungi Sub Inspektor, Saleeudin Abdullah di talian 016-4127147 dan Balai Polis Tengkera di talian 06-2824704 untuk membantu siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -wanita-warga-china
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.045814 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list