CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5578|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pembelian pelitup muka terkawal, pengguna tak panik

[Copy link]
Post time 6-12-2023 03:47 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai mula kembali memakai pelitup muka dalam tinjauan di ibu negara susulan peningkatan kes COVID-19 sejak bulan lalu. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

KUALA LUMPUR: Kadar pembelian pelitup muka susulan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini masih terkawal dengan stok di pasaran masih mencukupi, termasuk di farmasi komuniti.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang, berkata walaupun banyak kes positif COVID-19 dikesan termasuk yang tidak dilaporkan, ia tidak memberi kesan terhadap bekalan semasa pelitup muka.

"Setakat ini pembelian pelitup muka seperti biasa, memang ada peningkatan kes COVID-19 dengan kemungkinan ramai yang tidak melaporkannya terutama melalui aplikasi My Sejahtera.

"Bagaimanapun, belum ada laporan diterima daripada ahli farmasi komuniti memaklumkan kekurangan stok pelitup muka disebabkan pembelian panik dan sebagainya," katanya kepada BH, hari ini.



Kes COVID-19 dalam negara dilaporkan kembali meningkat sejak November lalu.

Minggu lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 3,626 kes COVID-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) iaitu dari 19 hingga 25 November, meningkat 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Amrahi berkata, pengusaha farmasi komuniti tidak melakukan persediaan luar biasa termasuk mendapatkan stok lebih banyak susulan peningkatan kes COVID-19.

"Semuanya masih seperti biasa. Bekalan stok pelitup muka adalah berdasarkan keperluan semasa.

"Kami lihat tidak berlaku kebimbangan berlebihan dalam kalangan masyarakat, mereka masih membeli setakat diperlukan, apatah lagi kita ketika ini sudah berada dalam fasa endemik.

"Masyarakat tidak lagi panik seperti kita mula-mula dilanda COVID-19 dan masing-masing tahu untuk melakukan pengawasan kesihatan secara kendiri," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan tahap kesihatan diri.
https://www.bharian.com.my/berit ... -pengguna-tak-panik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.390184 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list