View: 4261|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
40 tempat berteduh motosikal siap menjelang tahun depan
[Copy link]
|
|
40 tempat berteduh motosikal siap menjelang tahun depan.
Kuala Lumpur: Sasaran 40 daripada 119 tempat berteduh penunggang motosikal di sepanjang lebuh raya bertol siap dibina di bawah inisiatif Bitara Madani menjelang 2024.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir Sazali Harun berkata, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya (KKR) komited dalam meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat diberi keutamaan.
Menurutnya, LLM dan syarikat konsesi lebuh raya menyahut inisiatif Bitara Madani dengan memastikan infrastruktur yang dibina sepanjang lebuh raya dapat memberikan keselesaan dan keselamatan kepada semua kategori pengguna lebuh raya khususnya penunggang motosikal.
"Program penambahan tempat berteduh penunggang motosikal di Lebuh Raya disenaraikan di bawah Inisiatif Bitara Madani dan dilaksanakan demi kesejahteraan penunggang motosikal.
"la adalah satu inisiatif kerajaan bertujuan untuk memastikan keselamatan golongan 'vulnerable' ketika mereka berteduh semasa cuaca buruk.
"Oleh itu, KKR, LLM dan syarikat konsesi lebuh raya sudah bertungkus-lumus dalam memastikan infrastruktur yang dibina sepanjang lebuh raya memberikan keselesaan dan keselamatan kepada semua kategori pengguna lebuh raya," katanya ketika tinjauan Menteri Kerja Raya ke pembinaan tempat berteduh penunggang motosikal di Lebuhraya Pantai (NPE), di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi LLM, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad, Presiden Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Datuk Ir
Zakaria Ahmad Zabidi dan Ketua Pegawai Eksekutif New Pantai Expressway Sdn Bhd, Wan Salwani Wan Yusoff.
Menurutnya, inisiatif penambahan lokasi 'motorcycle shelter' baharu di sepanjang lebuh raya membabitkan 119 lokasi dikenal pasti akan dibina dengan kerjasama syarikat-syarikat konsesi disediakan pada tahun ini dan 2024.
"Usaha penambahan tempat teduhan penunggang motosikal baharu ini bermula sejak suku ketiga 2023 selaras dengan fokus Kerajaan Madani mensasarkan penyiapan 40 lokasi pada tahun 2023 yang dicapai dalam tempoh 5 bulan saja dengan komitmen tinggi syarikat-syarikat konsesi yang diterajui LLM.
"Usaha berterusan akan digembleng untuk penyiapan tempat teduhan penunggang motosikal di 79 lokasi lain pada tahun 2024," katanya.
Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexender Nanta Linggi berkata, inisiatif sebegini perlu diambil serius kerana membabitkan faktor keselamatan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal.
"Kes kemalangan yang berlaku membabitkan penunggang motosikal ini menjadi pendorong KKR untuk meningkatkan jaminan keselamatan menerusi inisiatif tempat berteduh ini.
"Sasaran kita adalah 79 lokasi tempat berteduh bagi penunggang motosikal akan siap dibina sepenuhnya pada tahun hadapan dan pada 5 Disember lalu secara rasminya 40 lokasi 'motorcycle shelter' siap dibina bagi memastikan kebajikan penunggang motosikal terjaga," katanya.
Dalam pada itu, Nanta berkata, inisiatif ini tidak akan terhenti di sini dan pihaknya akan terus merangka dan berbincang dengan LLM dan konsesi bagi penambahan infrastruktur jalan raya pada masa akan datang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... njelang-tahun-depan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|