CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10241|Reply: 0

[Selangor] ‘Mommy rindu, nak peluk cium abang’ – Ibu Zayn Rayyan

[Copy link]
Post time 9-12-2023 12:19 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar gambar dan pesanan yang dikongsi Ismanira di Instagram miliknya.

PETALING JAYA – “Jumpa lagi ya abang. Mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang, abang tetap anak sulung mommy sampai bila-bila.”

Itulah luahan menyayat hati ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, Apartmen Damansara Damai pada pukul 10 malam, 6 Disember lalu.

Ismanira Abdul Manaf, 28, dalam satu hantaran di Insta Storynya mengakui perasaannya masih tidak stabil kerana kehilangan Zayn merupakan ujian yang paling berat dalam hidupnya.

“Terima kasih semua yang mendoakan, saya mohon semua doakan saya diberikan kekuatan. Saya masih lagi tidak stabil emosi. Ini ujian paling berat dalam hidup saya. Allah tabahkanlah aku.

“Jumpa lagi ya abang, tunggu Mommy tau abang. Mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang. Abang tetap anak sulung Mommy sampai bila-bila, tiada ganti. Maafkan Mommy kalau banyak kekurangan sepanjang Mommy membesarkan abang,” tulisnya.

Tambah Ismanira, dia turut meminta maaf kepada semua kerana tidak sempat membalas pesanan teks atau menerima panggilan telefon buat masa ini.

“Saya mohon maaf tidak dapat nak membalas mesej atau mengangkat panggilan telefon ketika ini kerana telefon saya dan suami masih lagi pihak polis pegang untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Terdahulu, pada Selasa, Ismanira memaklumkan kehilangan anaknya kira-kira pukul 12 tengah hari menerusi akaun Facebook Izz Manaf.

Kanak-kanak tersebut kali terakhir ditemui adalah ketika memasuki kawasan belukar berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan punca kematian kanak-kanak enam tahun itu selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Shuhaily turut memaklumkan bahawa terdapat kesan ‘defensive wound’ dipercayai mangsa bergelut dengan suspek. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ng-ibu-zayn-rayyan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.645888 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list