View: 28960|Reply: 0
|
[Selangor]
Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis dah rekod keterangan 20 orang
[Copy link]
|
|
ANGGOTA Forensik melakukan pemeriksaan di lokasi penemuan Zayn Rayyan. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Petaling Jaya: Polis sudah merekodkan keterangan 20 orang berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.
Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, 16 keterangan direkodkan membabitkan jiran dan komuniti serta guru sekolah manakala selebihnya membabitkan ibu bapa dan saksi.
"Setakat hari ini, seramai 20 orang sudah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes Zayn yang meninggal dunia dengan kesan kecederaan di leher dan badan.
"Pakaian mangsa yang dipakai ketika ditemui juga sudah diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Hussein sebelum ini mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.
Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira 10 malam Rabu lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... keterangan-20-orang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|