CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19352|Reply: 0

[Johor] UTM, MDKT kerjasama bangunkan Kota Tinggi dalam tempoh jangka panjang

[Copy link]
Post time 10-12-2023 10:30 AM | Show all posts |Read mode

Mohamed Khaled yakin dedikasi dan usaha UTM dan MDKT akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam usaha mengubah Kota Tinggi menjadi model bandar mampan. - foto BERNAMA

KOTA TINGGI: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) akan bekerjasama membangunkan daerah ini secara menyeluruh dengan meneroka pelbagai potensinya untuk tempoh jangka panjang.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Kota Tinggi yang merupakan daerah paling besar di Semenanjung Malaysia, akan menjadi perintis dalam merangka pembaharuan dan pembangunan yang sistematik mengikut acuan dan keistimewaannya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata kerjasama itu membabitkan projek fizikal, pembangunan intelek dan komuniti.

"Bagi perancangan ini, kajian untuk pembangunan Kota Tinggi akan dilakukan untuk tempoh enam bulan manakala jangka panjang selama tiga tahun dengan kos RM300,000.

Daerah ini mempunyai potensi besar iaitu terdapat kelebihan alam semula jadi seperti pantai selain sejarahnya, malang jika kita tidak bangunkan potensi yang ada, tidak perlu kita ikut acuan di daerah lain," katanya di sini, pada Sabtu.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Sultan Iskandar, UTM dan MDKT di pejabat majlis daerah itu di sini.


Turut hadir Naib Canselor UTM Prof Datuk Ahmad Fauzi Ismail.


Dalam pada itu, Mohamed Khaled yakin dedikasi dan usaha UTM dan MDKT akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam usaha mengubah Kota Tinggi menjadi model bandar mampan.


"MoU antara kedua-dua institusi ini melambangkan komitmen untuk berkongsi ilmu dan kepakaran dan akan membawa kepada pelbagai inisiatif baru, mencipta sinergi, dan menambah nilai akademik dan teknikal untuk UTM dan MDKT dalam tahun-tahun mendatang," katanya.


-- BERNAMA sumber





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.726175 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list