CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8396|Reply: 0

Bundesliga: Kekalahan pertama Bayern mengaibkan

[Copy link]
Post time 11-12-2023 04:11 PM | Show all posts |Read mode

BAYERN mengalami kekalahan pertama aksi Bundesliga selepas 13 perlawanan apabila dibelasah Frankfurt pada aksi kelmarin. - AFP

MUNICH – Pengendali Bayern Munich, Thomas Tuchel menjelaskan anak buahnya memperoleh pengajaran berguna apabila dibelasah Eintracht Frankfurt 1-5 kelmarin.

Tuchel juga akui yang pemain gagal bermain pada kemampuan sebenar hingga menyaksikan kapten England, Harry Kane gagal menghasilkan sebarang jaringan buat kali ketiga dalam 13 perlawanan musim ini.

“Pemain tidak melakukan apa yang pasukan rancang dan kami juga kurang berintensiti selepas dan apa yang kita lihat adalah sesuatu yang berbeza dengan sesi latihan sebelum ini.

“Jelas sekali terdapat banyak kesilapan individu,” kata Tuchel.

Keputusan itu juga seakan mengejutkan Bayern Munich daripada lena memandangkan Eintracht Frankfurt dihimpit kemarau kemenangan dalam tiga perlawanan liga sebelum ini.

Ini adalah kali kedua gawang Bayern Munich bolos lima kami di tangan Eintracht Frankfurt dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir melakukan kejutan sama pada November 2019.

Sementara itu, bintang Bayern Munich, Thomas Muller mahu rakan sepasukannya kekal positif dan mahu jadikan aksi Liga Juaa-Juara bertemu Manchester United, Rabu ini sebagai detik kebangkitan semula.

“Kami tidak boleh terus menunduk kerana kami tidak ada masa untuk memburu kebangkitan semula. Kami perlu tingkatkan permainan ke satu tahap lebih baik,” ujarnya. – AGENSI


https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -bayern-mengaibkan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.806494 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list