CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2224|Reply: 0

[Kelantan] ‘Saya tinggal nyawa-nyawa ikan bertarung dengan harimau’

[Copy link]
Post time 13-12-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode

Penghulu Blok A, RPS Kuala Betis, Rozi Asod (kiri) menunjukkan bahagian leher Baauk yang pernah cedera akibat diterkam harimau kumbang kira-kira 20 tahun lalu.

GUA MUSANG – Seorang lelaki Orang Asli bersyukur mendapat ‘nyawa kedua’ apabila terselamat selepas cedera parah dalam ‘pertarungan’ dengan seekor harimau kumbang di jalan Pos Bihai, di sini kira-kira 20 tahun lalu.

Biarpun sudah lama berlalu, pengalaman hitam itu sukar dilupakan oleh Baauk Anhan, 34, yang tinggal di Kampung Jias C, Rancangan Pengumpulan Se­mula (RPS) Kuala Betis, di sini.

Menurut Baauk yang juga orang kelainan upaya (OKU) lembam, dia hampir kehilangan nyawa apabila harimau kumbang itu menerkam lehernya.

Katanya, sejak peristiwa itu, dia sentiasa membawa parang untuk ke kebun atau hutan ke­rana masih trauma dengan keja­dian diserang binatang buas.

“Sebelum kejadian berlaku saya keluar berburu bersama bapa saudara, Jiran Along di jalan menuju ke Pos Bihai yang terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari Kuala Betis.

“Saya ketika itu dalam kea­daan nyawa-nyawa ikan kerana sebelah muka sudah hancur dan rahang saya cedera parah.

“Ketika sedang bergelut de­ngan haiwan liar itu, bapa saudara saya datang dan menghalau harimau kumbang yang sedang menggigit saya sebelum binatang itu lari ke dalam semak,” katanya ketika ditemui di RPS Kuala Betis, di sini semalam.

Baauk memberitahu, bapa saudaranya telah membawanya keluar dari hutan dengan berjalan kaki sejauh 20km untuk sampai ke Kuala Betis bagi mendapatkan

pertolongan daripada penduduk kampung untuk dihantar ke hospital.

“Saya bersyukur sekarang sudah pulih, namun masih trauma dengan kejadian itu,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ung-dengan-harimau/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.035604 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list