CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1988|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Malang 2 lelaki dirempuh bas, tak sempat beli nasi kukus

[Copy link]
Post time 13-12-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar insiden dua lelaki dirempuh bas sekolah ketika mahu membeli nasi kukus dari sebuah gerai di tepi jalan di Taman Klebang Putra di Chemor, Ipoh. - VIDEO TULAR

KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau.

Itu nasib dua lelaki mahu membeli nasi kukus dari sebuah gerai di tepi jalan di Taman Klebang Putra di Chemor, Ipoh, apabila dirempuh sebuah bas sekolah. Klip video kejadian itu dimuat naik di platform X oleh pengguna akaun @bckupacc99.

Dalam rakaman video tular bertarikh Isnin lalu, dua lelaki menaiki sebuah motosikal dirakam singgah di gerai berkenaan kira-kira jam 1.51 tengah hari ketika ada dua lagi lelaki, masing-masing peniaga dan pelanggan sedia berada di situ.



Suasana ketika itu seperti biasa sebelum sebuah bas sekolah, dipercayai mengalami masalah teknikal pada aci setereng, secara tiba-tiba dengan laju merempuh motosikal berkenaan ketika dua lelaki terbabit masih berada di atas motosikal.

Peniaga nasi kukus dan seorang pelanggannya yang lebih awal berada di gerai itu tidak dilanggar, manakala dua lelaki yang dirempuh dikatakan terselamat, namun tidak diketahui status kecederaan dialami mereka.

Kejadian itu mengundang reaksi warganet yang rata-rata terkejut dengan kemalangan itu dan bimbang dengan operasi peniaga di tepi jalan, termasuk melihat lokasi itu tidak sesuai dan berbahaya kepada peniaga dan pelanggan.
https://www.bharian.com.my/berit ... pat-beli-nasi-kukus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.418598 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list