CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5656|Reply: 0

[Kelantan] Terpaksa heret suami beralaskan kain pelikat

[Copy link]
Post time 13-12-2023 02:19 PM | Show all posts |Read mode

YUSOF (tengah) sentiasa ditemani isterinya Samsiah menerima kunjungan wakil syarikat Batuta Travel and Tours Sdn Bhd, Muhammad Zuhri (kanan) yang hadir menyampaikan bantuan makanan di Kampung Kajang Sebidang. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Tumpat: Sudah lah kaki kirinya kudung kerana dipotong akibat kencing manis, pergerakan Yusof Ahmad kini semakin terhad apabila diserang strok.

Bergelar orang kurang upaya (OKU) sejak tiga tahun lalu, Yusof, 76, hanya mampu bergerak secara mengengsot untuk ke mana-mana.

Bagaimanapun sejak diserang strok sebelah kiri tubuh, pergerakan warga emas itu kini hanya sekitar dalam rumah dan cuba untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada isterinya, Samsiah Yusof, 66.

Samsiah berkata, pada awal diserang strok, dia terpaksa mengheret suaminya beralaskan kain pelikat jika Yusof ingin membuang air atau mandi.


"Sejak dipotong kaki, suami bergerak secara mengengsot malah semua aktiviti hariannya dilakukan sendirian termasuk ke tandas yang dibina dalam bilik untuk kemudahannya.

"Bagaimanapun sejak diserang strok Oktober lalu, saya membantunya namun jika saya tiada, suami cuba bergerak sendiri dan pernah beberapa kali dia tersembam kerana pergerakannya semakin terhad," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kajang Sebidang, di sini.

Terdahulu mereka menerima kunjungan wakil syarikat Batuta Travel and Tours Sdn Bhd, Muhammad Zuhri Ab Ghani yang hadir menyampaikan bantuan makanan.

Samsiah berkata, ketika sihat, suaminya mencari rezeki sebagai tukang urut dan selepas diserang strok, mereka langsung terputus sumber pencarian sebaliknya bergantung kepada lapan anak yang tinggal berasingan.

Katanya lagi, disebabkan keadaan kesihatan suaminya yang sebegitu, dia tidak berani meninggalkannya lama-lama kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

"Enam bulan lalu, rumah kami pernah terbakar. Ketika kejadian, suami serta cucu ada dalam rumah namun Alhamdulillah, semuanya selamat manakala rumah pula hangus.

"Hasil sumbangan orang ramai, rumah baharu dapat dibina dan walaupun tidak begitu sempurna, dapat menjadi tempat berteduh kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... laskan-kain-pelikat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.744061 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list