View: 15621|Reply: 0
|
[Kelantan]
2 lori rempuh rumah, warung selepas kemalangan
[Copy link]
|
|
Lori yang terbabas melanggar sebuah rumah dan warung di Kilometer 75 Jalan Kota Bharu – Gua Musang dekat Pahi, petang semalam. FOTO Ihsan pembaca
Kuala Krai: Rumah dan warung mengalami kerosakan apabila dilanggar dua lori yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 75 Jalan Kota Bharu – Gua Musang dekat Pahi, petang semalam.
Dalam kejadian pada jam 3.15 petang itu, dua pemandu lori berusia 29 dan 39 tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori Isuzu Luton yang berusia 29 tahun dari arah Gua Musang menghala ke Kota Bharu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.
"Lori itu kemudian berlanggar dengan lori lain dan sebuah motosikal sebelum terbabas ke sebelah kanan jalan dan merempuh rumah berhampiran lokasi.
"Sebuah lagi lori terbabas di bahu jalan dan merempuh warung yang berada di laluannya," katanya menerusi kenyataan.
Pemandu kedua-dua lori bersama penunggang motosikal yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di Kuala Krai untuk rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -selepas-kemalangan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|